>

Saturday, May 02, 2009

PEMERGIANMU.. penghayatannya...

(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan


Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa


Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat


Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu


Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba


Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya


Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu..




Sungguh indah lirik lagu ini.. pemergianmu... Mu itu sudah tentu merujuk kepada Rasulullah S.A.W. Apabila direnungkan kembali bait-bait kata dalm lagu ini hati saya menjadi sayu dan terusik.. Tersentuh pun ada juga..



Mulianya insan yang bergelar nabi ini.. MUHAMMAD BIN ABDULLAH.. tiba-tiba saya terfikir tentang persoalan ini.." aku mengaku cinta kepada Rasulullah, tetapi.. apa yang telah aku lakukan untuk baginda.. aku mengaku cinta kepada Rasulullah, tetapi adakah aku sudah cukup mengambil contoh teladan daripada sifat-sifat baginda yang mulia itu?? aku mengaku cinta kepada Rasulullah.. tetapi betapa banyak kemungkaran dan maksiat yang telah aku lakukan selama hidup di dunia ini??.. Ternyata saya velum lagi mengenali Baginda sedalam-dalamnya. Bagaimana kita boleh mengaku cinta dan sayang kepada Rasulullah S.A.W sedangkan segala sunnahnya tidak dapat kita ikuti dan amalkan.. hanya bibir saja manis mengucapkan rindu dan cinta kepada Baginda sedangkan hati tidak seiring dengan lafazan dari bibir..

Perintah yang diterima Baginda datangnya daripada ALLAH SUBHANAHU WATAA'LA.. Tetapi kita pun kadang-kadang tidak melaksanakan perintah Allah itu dengan sesempurnanya..(peringatan untuk saya juga yang sering lalai dan leka).. Apabila di 'scan' diri ini... terasa memang begitu jahilnya dan banyak sangat dosa yang dilakukan..
Terutama sekali apabila pengakuan dan penyaksian kita.. akan cintanya kita kepada Rasulullah S.A.W..

-aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah.. dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah-

Bagaimana pula dengan anda?? adakah anda sudah cukup mengenali Rasulullah S.A.W?? jika jawapan anda ya.. alhamdulillah.. teruskan mengamalkan segala sunnahnya dan contohi keperibadiannya.. jika jawapan anda tidak..
marilah kita semua bangkit dan berusaha untuk menyoroti sejarah hidup dan perjuangan Rasulullah S.A.W...

-RASULULLAH IKUTAN SEPANJANG ZAMAN.....-

wallahua'lam.. jumpa lagi...

0 comments:

  ©[Seruling Musafir] - ismisyafiqah.

Template by Dicas Blogger | Topo