Suspended
Salam semua..ha..cuti semester da tiba..
>
MURABBI HATI…TARBIYAH DIRI…REDHA ILAHI.. HATI MEMILIH JALAN,AKAL MEMULAKAN LANGKAH ,IMAN MELURUSKAN ARAH...
Salam semua..ha..cuti semester da tiba..

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Mukadimah
Sheikh al-Maraghi berkata: "Sesungguhnya Allah SWT menerangkan bukti-bukti kekuasaan-Nya, menarik perhatian golongan pengingkar agar memerhatikan tanda-tanda kekuasaan dan kemampuan-Nya mengatur alam ini, kemudian Dia mencela keingkaran dan kegagalan mereka dalam kebatilan dengan hujah yang terang dan bukti jelas, lalu disusuli dengan perintah-Nya kepada Rasulullah SAW agar mengingatkan mereka dengan bukti-bukti ini yang tidak perlu diragukan lagi".
Firman Allah SWT: Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan.
Ibn Kathir berkata: "Iaitu beri peringatanlah kepada manusia dengan apa yang

bertafakur sendirian...mengenangkan dosa...
betapa hambamu ini..byk dosa yg dilakukan...

SELAMAT BER'EXAM' semua rakan2ku walau dimana kalian berada....
DOA,USAHA DAN TAWAKKAL...
dlm tawakkal perlu ade REDHA...REDHA dgn natijah yg bakal diperoleh hasil dri peperiksaan itu....
mari kite sme2 mendoakan rakan2 kite yg lain..doa bersama2..sama2 mendoakan antara satu same lain...
titipkan nme rakan2 kite sekali

Alhamdulillah.....alhamdulillah..syukur dipanjatkan kpd Ilahi....
akhirnya...akhirnya..semester 3 untuk sesi 10/11 ini berakhir jua...berakhir dengan penutup acara
"beramallah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari"..TAGLINE yang saye suke pegang dlm hidup ini..membawa pengertian dan makna yang mendalam...mungkinkah esok kite masih bernafas lagi, diberi peluang mengucapkan syukur atas nikmatNYA..?? mungkinkah masih ade esok..barangkali..tika saat ini,selepas ini,esok,atau malam ini kita akan dijemput oleh Izrael?? ye.
Heningnya petang ini..
sehening hatiku yg keresahan dan kesepian..
apa yang berlaku..mengapa kau begitu lemah diri???
itukan ujian Allah buatmu..
tabahkan hati..
cekalkan dirimu...
DIA tidakkan membebanimu sesuai dgn kemampuanmu..
DIA tahu kau mampu hadapinya...
Alhamdulillah...alhamdulillah..bersyukur hari ini dgn segala nikmat yang engkau berikan kpdku YA ALLAH..semoga dgn nikmat yang engkau beri ini, aku akan lebih taat dan bertambah kemimanan ku kepadaMu... selesai sudah usrah pada hari ini..walaupun tidak ramai yg hadir( akibat kekangan waktu).. bersyukur dapat mendengar dan mengambil sesuatu yang berguna dan bermanfaat..
ade sesuatu yang menarik minat saye pada hari ini..tentang nikmat..nikmat yang seringkali kita abaikan..nikmat yang Allah berikan pada kita..nikmat iman, akal dan nikmat yang plg besar adalah nikmat AD-DIN..nikmat agama..hendaklah kita berikan kesyukuran kita kepada Allah atas nikmat agama Islam yang kita nikmati...lahir saje ke dunia kite telah bergelar seorang muslim.. jadi, bagaimana kita mahu menzahirkan kesyukuran i2??

assalammualaikum semua... ape khabar iman?? amal?? dan diri anda semua?? semoga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.. hari ini,tiada apa yg hendak dibicarakan.. cume.. td.. akibat rse mcm bosan tiada apa bnde hndak dibuat..(pdhal byk je,jd mls sekejap..)...heee... jadi saya pun cuba explore diri..wat ape ye?? buat kuiz personality online..hasilnye...
You are dreamy, peaceful, and young

di malam minggu yg indah ini..dengan keadaan cuaca yg mendung dan angin bayu yang bertiup lembut...
bercadang untuk study INORGANIC CHEMISTRY... bab symmetry elements.. mari membayangkan keadaan molekul itu...
hehe...agak susah sket, di mana ade rotation,reflection,principle axis.. etc..
xpe2..berusahalah kamu dgn bersungguh2... cube sedaya upaya... doa pembuka supaya urusan dipermudahkan...
Saya mulakan tulisan saya ini dengan kalam بسم الله الرحمن الرحيم.....
hari ini stat kelas lepas habis cuti,cuti raye beserta cuti midsem.. rase berkobar-kobar bile sudah masuk semester baru..mungkin akibat sebelum, semua result untuk test sudah keluar..dan keputusannyer..huuuhhhh....sedih..sedih gembira ka??? tak jugak..gembira dan sedih....sedih bile markah tidak sampai separuh pun...xpe..ade byk mase lagi untuk membaiki diri ini..

byak mase yg diberikan Tuhan kpd kite,cme sme ade kite dapat mnggunakan dgn sebaik-baiknyer

AKU MATI HARI INI..
Perlahan,
tubuhku ditutup tanah,
perlahan,
semua pergi meninggalkanku,
masih terdengar jelas langkah langkah terakhir mereka
aku sendirian,di tempat gelap yang tak pernah terbayangkan sebelumnya,
dingin dan sendiri,menunggu keputusan…
Istri, belahan hati, belahan jiwa pun pergi,
Anak, yang di tubuhnya darahku mengalir,
tak juga tinggal,
Apalagi sekedar tangan kanan,
kawan dekat rekan
Saya seorg pelajar kimia, jd, saya tidak berapa tahu mgolah ayat2 dgn lebih puitis, tidak mamapu membuat analogi yg baik seperti mereka yg belajar bidang2 syariah, tidak mmpu mengaitkan dengan anatomi manusia kerna saya bukan pelajar medic, tetapi yg saya tahu,kimia ini merangkumi semua benda, fizik ade, biologi pun ade, tidak tertumpu pada satu aspek je.. jd.. saya suke dgn apa yg saya belajar sekrg, cume tak tahan kne masuk lab byk sgt.. kne sentuh chemical.. "hazard","corrosive","high concentration".. sume ada..

Seronok.. gembira.. tidak terucap rasenye bile dpt kluar menunaikan solat tarawih di luar kwsan universiti saya. Hari ini saya berbuka di masjid besi @masjid Sultan Mizan.. perjalanan dari u ke putrajaya hanya 20 minit saje.. credit pd kak yuti(naqibah) sudi mengajak saya pergi bersama beliau.. bersama 3 org lagi kakak2 senior, meriah sungguh hari ini..tbe awal di masjid, sekitar 6.30, peluang yg ada digunakan untuk beriktikaf di dalam masjid...
"Firman Allah: Ingatlah kpd Tuhan dalam hatimu dgn rasa rendah diri dan takut dan bacaan yg tdak keras waktu pg dan ptg, dan jgn tergolong pd org2 yg lalai"

sekitar jam 7 malam, kwsan msjd mula dihampiri dgn puluhan manusia, ada yg mmbawa bekal,

Ramadhan Kareem telah kunjung jua skrg.. apakah yg anda rasakan?? adakah begitu teruja atau sekadar same saja seperti bulan2 yg lain??...terpulg pd diri anda sndiri untuk mengkoreksinya... Bulan Ramadhan adalah bulan yg plg mulia dan tidak seperti mne2 bulan dlm bulan islam yg lain..banyak fadhilat dan ganjaran yg berlipat ganda bg mereka yg melakukan stp amal kebajikan di bulan ini..
"Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah SAW bersabda,Allah telah berfirman: Semua amal kelakuan anak Adam dpt dicampuri kpntingan hawa nafsu, kcuali puasa, maka itu semata- mata untukKu dan Aku sndiri yg akn membalasnya. Dan puasa itu sebgai perisai, maka jika seseorg sdg berpuasa, jgnlah berkata keji atw tidak baik, dan kalau seorg mncaci maki padanya atw mengajak berkelahi
kepada semua rakan2...sejak dari sekolah rendah, menengah ataupun di universiti nie...
ukhuwah antara kita takkan pernah putus...ble bertemu kerana ALLAH..dan berpisah kte jua keranaNya...hopefully all of you happy selalu dan success dlm ape perkara yg kamu semua lakukan...
"setiap perbuatan dimulai dgn niat"....
sekadar video untuk mengimbau seketika kenangan dulu2...kenangan mmg susah dilupakan, mnjadi riwayat dan wadah untuk pnduan kte pd masa akn dtg....SELAMAT BERJAYA SEMUA...RAMADHAN KAREEM..

Sekarang kebanyakan universiti sedang bercuti panjang. Pada masa ini, boleh dikatakan ramai para mahasiswa berlumba-lumba untuk mendapatkan kerja. Tidak kira kerja apa, asalkan boleh mendatangkan hasil dan dapat mengisi kekosongan masa cuti yang panjang ini.
Namun aku lebih suka untuk tinggal di rumah sahaja. Membantu emak berniaga kedai runcit. Lagipun, aku ingin menghabiskan masa cutiku bersama keluarga.
Selama ini aku banyak menghabiskan masa nun jauh di utara negeri untuk mengejar cita-cita dan harapan. Dan kini aku ingin menebus kembali rinduku kepada keluarga yang telah bertukar menjadi dendam ini.
" Ilah! Tolong jaga kedai kejap. Mak nak solat dulu." Pinta emak sewaktu melintasi bangku tempat dudukku. Bagiku, aku lebih suka bekerja di kedai runcit ini sebab aku berpeluang untuk menghabiskan beberapa buah buku yang sengaja kubeli sewaktu dalam perjalanan balik ke kampung. Kalau boleh, aku juga ingin meningkatkan lagi perniagaan keluarga ini. Aku sedang mencari idea untuk memajukan kedai milik keluarga ini.
" Hai Ilah! Bila balik?" Tanya makcik Som sambil meletakkan barang-barang yang mahu dibelinya ke atas kaunter.
" Balik semalam. Makcik sihat?" Tanyaku sekadar berbasa-basi.
" Sihat orang tua Ilah. Lama ke kamu cuti ni?"
" Adalah dalam tiga bulan." Jawabku.
" Berapa lama lagi pengajian kamu tu?"
" Lebih kurang empat bulan lagi makcik."
" Ah dah tak lama tu. Nanti senanglah sikit mak dan ayah kamu bila kamu dah kerja nanti." Katanya sambil menjelaskan bayaran dan terus berlalu.
Bila disebut pasal kerja, aku sendiri pun masih belum tahu kerja apa yang ingin ku cari nanti. Masih belum terfikir lagi dalam fikiran ku ini. Cuma yang penting, aku ingin tamatkan pengajianku ini dengan seberapa segera. Aku ingin membantu keluarga serta menampung adik-adik yang masih lagi menuntut. Kesian aku tengok mak dan ayah bersusah payah untuk menyara kehidupan kami.
Dalam keasyikan aku membaca buku itu, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada panggilan. Aku tersenyum bila melihat nombor yang tertera kerana aku tahu siapa. Orang yang selalu aku rindu dan ingati. Orang yang banyak mengubah cara hidupku. Kadang-kadang aku seperti tidak percaya bahawa aku boleh tertarik padanya hanya dengan sekali pertemuan. Padahal sebelum ini aku tidak pernah mengenalinya. Mungkin hanya melalui abang dan adik ku yang rapat dengannya. Itulah dinamakan takdir.
" Hello!"
"Abang sini. Bagi tahu kawan-kawan yang lain kita nak buat mesyuarat persatuan petang lusa kat surau."
" InsyaAllah.."Jawabku.
" Ilah sihat?" Soalnya.
" Sihat. Abang pula?"
" Ok je. Maafkan abang sebab tak dapat cakap panjang. Abang ada kerja ni."
" Nanti kita sambung lagi. Ok." Dia memutuskan talian.
Sudah lama aku tidak menemuinya membuatkan aku bertambah rindu. Maklumlah aku di Utara manakala dia di Selatan. Impian dan cita-cita yang membuatkan kami terpisah, namun tetap jua bersemi dan hadir ke dalam jiwa tatkala rindu mula membara. Entah macam mana rupa dia sekarang. Kali terakhir aku menemuinya dua bulan yang lepas, dia agak kurus sedikit. Rambutnya panjang mencecah bahu, janggut dan jambang dibiarkan tumbuh meliar. Walaupun aku sudah memberitahunya bahawa aku tidak begitu menyukai penampilannya sebegitu, namun dia tetap mengatakan itulah imejnya. Dah puas aku beritahu, tapi dia tetap begitu. Apa-apa pun keadaannya, aku tetap sayang padanya kerana aku tahu sikap dan perangainya. Hanya penampilan dia sahaja yang begitu tetapi dia tetap hebat.
Kiranya aku ceritakan, mungkin sukar untuk diterima orang. Sebenarnya aku dah lama tertarik padanya. Dia selalu menjadi imam di surau dekat kampungku. Manakala aku pula selalu menjadi makmumnya apabila berpeluang. Aku cukup tenang sewaktu mendengar bacaan ayat-ayat sucinya. Suaranya membuatkan aku terpukau sejenak. Dan kadang-kadang orang kampung memintanya untuk menyampaikan kuliah. Aku juga selalu mendengar kuliahnya. Dia cukup pandai mengolah isu-isu semasa dalam kehidupan masyarakat.
" Aah... banyak perkara yang ada padanya membuatkan aku jatuh hati." Aku rasa gembira bila teringatkan tentang mesyuarat persatuan yang akan diadakan malam lusa. Itulah peluang aku untuk menemuinya. Dengar khabar, dia bercuti sekejap sahaja kerana dia ingin mengambil kelas musim panas. Idea dialah juga untuk menubuhkan persatuan mahasiswa di kampung kami. Katanya untuk mengumpulkan anak-anak penduduk kampung yang belajar di universiti bagi mencurahkan jasa kepada pembangunan ilmu dan minda penduduk. Kami menyokong penuh ideanya itu, maka tertubuhlah persatuan mahasiswa di kampung kami.
Malamku di kampung agak berbeza dengan di kampus. Ini kerana aku tidak mempunyai sebarang aktiviti khusus seperti mesyuarat persatuan, studi, bersukan dan sebagainya. Di rumah ini aku hanya mampu menghabiskan masa untuk membaca buku dan membantu keluarga di kedai runcit.
Tiba-tiba sahaja aku berasa sunyi dan kesepian. Sunyi dari kesibukan kampus dan tugas seorang pelajar. Tapi sebenarnya aku rindu. Rindu pada seorang kekasih yang selalu memujuk dan membelai jiwaku dengan tingkah lakunya yang terhormat dan tutur bicaranya yang terjaga. Tingkah lakunya yang terjaga membuktikan bahawa dia menghormati maruah kewanitaanku serta kesucianku sebagai seorang gadis. Dia mampu membuatkan aku rasa selamat bila menemuinya. Tutur kata bicaranya memukau telinga serta bisa memujuk jiwa yang resah dan gelisah. Walaupun aku dan dia sekampung, namun dia tetap menjaga nama baikku dan nama baiknya daripada diperkatakan orang kampung.
Cuma aku sedikit tidak faham dengan prinsipnya. Katanya, dia tak nak mengikat aku dengan sebarang janji. Jika ada takdir yang menyebelahi kami, insyaAllah kami akan diijab kabulkan.
" Abang tak nak mengikat Ilah dengan sebarang janji. Ilah bebas menentukan arah hidup dan pilihan Ilah." Katanya padaku.
" Sekiranya ada orang datang meminang, Ilah dan keluarga berkenan serta bersetuju maka abang rela dan redha melepaskan Ilah. Abang akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Ilah. Cuma Ilah perlu memberitahu abang je agar abang tidak berharap." Sambung dia lagi. "Kalau sesuatu itu telah ditakdirkan Allah milik kita, walau ia berada di seberang laut dan dalam keadaan merangkak sekalipun ia akan tetap datang ke pangkuan kita. Namun sekiranya sesuatu itu telah ditakdirkan bukan milik kita, walaupun telah kita kunyah dan telan namun ia tetap akan dimuntahkan juga." Itulah kata-kata yang selalu diucapkan olehnya padaku. Namun, aku pasti semua orang bersetuju sekiranya aku katakan bahawa terlalu sukar untuk kita mengubah kasih sayang sekiranya kita benar-benar mencintai seseorang kerana cinta, kasih dan sayang adalah bukan sesuatu mainan yang boleh dijual beli sesuka hati. Terlalu banyak masalah hati yang timbul sekiranya aku terus memikirkannya. Namun kadang-kadang, perasaan rinduku ini
membuatkan kenangan dan ingatan pengalaman perjalanan hidup ini menjadi manis.
Suasana malam di kampung cukup menenangkan jiwaku. Tiada bunyi bising dan kekalutan seperti di kampus. Di sini malamnya sunyi dan mendamaikan. Hanya sesekali sahaja terdengar bunyi burung tukang ataupun burung jampuk bernyanyi. Desir angin yang berlagu mendendangkan irama istimewa buat penduduk kampung seperti aku yang sentiasa inginkan persekitaran yang dapat mengembalikan ketenangan jiwa dan kedamaian hati. Ia membuatkan aku tidur lena bagai diulit dayang dan inang. Seperti yang telah dijanjikan, ahli-ahli persatuan berkumpul di surau untuk menghadiri mesyuarat. Kebanyakan ahli dapat menghadirkan diri, maklumlah semua kampus sedang bercuti sekarang. Aku dan beberapa kawan-kawan yang lain telah menyediakan beberapa juadah untuk jamuan selepas mesyuarat nanti. Walau apa pun, yang pentingnya aku terpaksa menyediakan laporan mengenai biro yang aku pegang.
Pada mesyuarat agong yang lepas, aku telah dilantik sebagai pengerusi biro Helwani. Mengikut tentatif mesyuarat, tujuan utama diadakan mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan tentang aktiviti-aktivi yang akan diadakan pada musim cuti ini. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden persatuan dengan menaruh harapan agar persatuan dapat menfaatkan masa yang ada ini untuk menjalankan aktiviti yang boleh mengeratkan lagi hubungan dikalangan para ahli dan juga pada masa yang sama dapat menaburkan bakti kepada masyarakat kampung. Seterusnya pembentangan laporan oleh setiap ketua biro mengenai perkembangan gerak kerja yang telah dilakukan dan perancangan yang bakal dilakukan. Para ahli telah bersetuju untuk bersama-sama mengadakan kelas tuisyen malam untuk anak-anak kampung ini yang akan mengambil peperiksaan SPM hujung tahun nanti. Oleh itu, setiap orang dibahagikan tugas-tugas yang perlu dilakukan. Aku telah ditugaskan untuk mengajar subjek matematik.
" Hai Ilah! Engkau nampak rapat je dengan abang Shidi tu? Ada apa-apa ke?" Tanya Marisa sewaktu kami menghadap jamuan.
" Ish, engkau ni. Aku biasa aje. Tak ada apa-apa pun. Macam engkau dengan dia juga." Kataku. Kalau boleh, aku tak nak kisah cinta kami ini diketahui orang sebab nanti banyak pulak masalah yang bakal timbul nanti. Lagipun aku dah janji dengan abang Shidi untuk merahsiakannya selagi dapat.
" Manalah tau kot-kot senyap berisi pulak." Sampuk Elisa.
" Takkanlah dia nak pilih orang macam aku. Sedangkan kat kampus dia tu ramai lagi yang lebih baik dari aku." Helah aku.
" Engkau mana tahu hati orang. Lagipun aku tengok dia tu macam suka je kat engkau." Sambung Marisa lagi.
" Engkau orang ni, jangan pandai-pandai pulak nak mereka-reka cerita. Kan susah pulak aku nanti." Kataku sambil berlalu dengan membawa pinggan-pinggan serta cawan ke sink.
Nampak gayanya, kawan-kawan yang lain dah mula dapat menghidu hubungan baik kami ini. Bukan apa, aku takut juga nanti bila orang dah tahu akan tersebar pula berita-berita yang tidak benar tentang kami.
Tadi abang Shidi sempat memberitahuku bahawa dia nak datang ke rumah malam nanti. Katanya dah lama dia tak jumpa aku, jadi dia nak datang melawat aku di rumah. Khabar itu membuatkan aku gembira. Memang aku menanti-nanti kedatangannya. Ingin sekali aku menatap wajahnya sepuas hatiku untuk menebus segala rinduku. Ingin sekali aku dengar suaranya agar bisa membangkitkan perasaan kasih dan sayang. Begitulah kebiasaannya bila dia pulang bercuti ke kampung. Dia akan datang menemuiku di rumah di temani keluargaku sendiri sebagai saksi pertemuan kami. Agar kami dapat mengelakkan dari sebarang fitnah dan cerita dari mulut manusia.
Malam ini aku turun berjemaah di surau. Berkebetulan abang Shidi yang menjadi imamnya. Sudah lama juga aku tidak menjadi makmumnya, tidak mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan alunan zikirnya. Malam ini aku berpeluang lagi untuk menikmati keindahan dan kemerduan suaranya itu. Selepas solat maghrib, para jemaah memintanya untuk menyampaikan kuliyah maghrib. Walaupun tanpa persediaan, namun dia masih mampu untuk menyampaikan kuliyahnya dengan baik dan teratur sekali. Aku lihat,para muslimat dan kaum ibu begitu khusyuk sekali dan kadang-kadang tersenyum oleh kerana telatah dan lawak yang diselitkannya dalam kuliyahnya itu. Dia membincangkan isu masalah umat zaman sekarang. Zaman teknologi yang penuh dengan cabaran yang boleh menggugat keimanan para orang Islam.
" Tanpa iman yang kukuh dan persediaan ilmu, orang Islam akan hanyut dalam arus kemodenan yang telah ditaja barat dengan membelakangkan agama. Pada pendapat mereka, dengan berpegang pada agama ia akan menghalang penganutnya dari mencapai kemajuan dan kemodenan." Kata abang Shidi.
" Telah banyak bukti-bukti yang ditunjukkan Allah bagaimana kesan dan kesudahannya kemodenan yang membelakangkan agama. Contohnya barat sendiri. Dalam mengejar arus kemodenan, kita boleh lihat berapa ramai para remaja perempuan mereka yang melahirkan anak-anak diluar nikah. Semakin maju kehidupan mereka semakin banyak jenayah yang berlaku dan semakin hebat perancangannya. Semakin maju dan canggih peralatan semakin singkat cara berpakaian mereka sehingga mereka tanpa segan silu mendedahkan tempat-tempat yang tidak sepatutnya didedahkan kepada orang ramai." Hujahnya lagi.
"Hari ini, perkara sebegini telah menular ke dalam masyarakat kita. Anak-anak kita bebas berpakaian yang kononnya 'up to date' atau mengikut arus semasa. Mereka juga bebas memilih pasangan mereka serta tanpa rasa takut melakukan perkara-perkara yang selayaknya dilakukan oleh sepasang suami isteri di atas nama kekasih. Bagi mereka itulah sebenarnya kemodenan. Ibu bapa pula telah hilang peranan dan hak-hak mereka untuk mendidik anak-anak mereka. Mereka hanya mampu melihat sahaja apa yang berlaku."
Bagiku, apa yang dikatakan oleh abang Shidi itu ada kebenarannya. Di kampungku sahaja, perkara-perkara seperti itu telah wujud. Anak-anak muda yang terpengaruh dengan mereka yang pulang dari bandar-bandar besar dengan membawa buah tangan berupa budaya-budaya kuning yang tidak senonoh itu. Itulah sebahagian dari perbincangan kami sewaktu mesyuarat petang tadi. Cuba untuk mendapatkan idea dan cadangan bagaimanakah cara dan jalannya untuk kami lakukan bagi mengembalikan identiti masyarakat Islam yang sedang menghadapi konflik identiti ini.
" Oleh itu, setiap kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk dimainkan bagi memastikan perkara ini tidak berlaku. Kita perlu sama-sama mencegahnya supaya apabila ia berlaku kita tidak akan saling menunding jari untuk meletakkan kesalahan itu di atas bahu dan kepala orang lain. Semoga Allah s.w.t membantu kita dalam menegakkan agamanya yang suci ini daripada terus dicemari oleh perkara-perkara yang menjijikkan itu."
Itulah kata-kata terakhirnya sebagai penutup untuk kuliyah maghribnya malam itu. Aku lihat, kebanyakan ahli jemaah berpuas hati dengan kuliyahnya tadi. Selepas solat isyak, aku terus balik ke rumah kerana abang Shidi dah janji untuk datang ke rumah malam ni. Saja aku balik awal sikit kerana aku nak goreng mee sebagai jamuan bila abang Shidi datang nanti. Lagipun tak ada yang istimewa untuk hidangan nanti, cuma aku tahu abang Shidi suka makan mee.
Sedang aku asyik di dapur, aku terdengar suara ayah memberi salam. Diikuti suaranya menjemput seseorang naik.
" Jemputlah naik!" Aku yakin, dia datang dengan ayah semasa turun dari surau tadi.
" Terima kasih." Ucapnya sambil melangkah naik ke rumahku. Aku masih lagi dalam bilik untuk memakai tudung. Biarlah ayah dan mak yang melayannya dulu. Aku mengenakan tudung pink yang pernah dihadiahkan olehnya sewaktu aku menyambut ulang tahun kelahiranku yang ke 22 baru-baru ini.
" Ilah! Abang Shidi datang ni. Keluarlah..."Panggil mak. Segan juga aku nak keluar, maklumlah dah lama tak jumpa. Lagipun mak dan ayah ada sama. Apa yang aku nak cakap depan mereka nanti. Takkan nak cakap pasal cinta, rindu dan sayang. Malulah aku sebab mereka terlebih dulu makan garam daripada kami.
" Abang apa khabar?" Tanyaku sewaktu melabuhkan punggung di atas sofa setentang dengannya.
"Alhamdulillah, sihat. Ilah pulak macam mana?"
" Ok je. Macam biasa, cuma.." Aku tak dapat menghabiskan kata-kataku bila aku tiba-tiba sedar yang mak dan ayah ada bersama kami. Kalau tidak pasti mereka tahu nanti. Tapi aku yakin, walaupun mereka tidak tahu secara pasti namun mereka dapat mengagak dari cara kami berdasarkan pengalaman mereka sebagai orang tua.
" Duduklah dulu yea, makcik nak ke dapur kejap." Mak bangun menuju ke dapur. Manakala ayah pula bangun untuk menukar bajunya. Jadi sekarang hanya tinggal aku dan abang Shidi saja di ruang tamu rumahku itu.Aku jadi lebih segan bila kulihat dia sedang asyik memerhatikan aku. Dia kemudian tersenyum bila dia lihat aku tersipu-sipu malu kerana diperlakukan begitu.
" Abang rindu pada Ilah..."Antara dengar tak dengar dia memberitahuku.
"Ilah pun macam tu juga. Tapi nak buat macam mana, nak jumpa selalu tak boleh. Sabar sajalah." Kata-kata itu bagaikan untuk memujuk hatiku sendiri. Aku sendiri pun kadang-kadang tak tertahan rasa rindu di hati ini. Tapi di sana ada batas-batas yang perlu aku sedari agar aku tidak terjerumus ke dalam kancah yang boleh membinasakan kami sendiri.
" Kalau tidak kerana janji dan cita-cita, dah lama abang masuk pinang Ilah. Kita kahwin lagi baik daripada terus dalam keadaan begini."
Aku tahu betapa abang Shidi berpegang kuat pada janjinya. Dia telah berjanji dengan keluarganya untuk menjaga ibunya yang sudah tua dan menampung pengajian adik-adiknya terlebih dahulu apabila dia tamat pengajian nanti. Lagipun dia mempunyai cita-cita yang tinggi untuk masa depan. Segala-galanya dia telah ceritakan padaku tentang janji dan cita-citanya itu supaya aku tahu keadaan dirinya. Sebab itulah dia tidak mahu mengikat aku dengan sebarang janji kerana dia takut aku tidak mampu menunggu lebih lama. Jadi aku bebas untuk menentukan haluanku sendiri. Katanya dia redha dan rela sekiranya aku memilih lelaki lain sebagai suamiku sekiranya itu sudah jodoh dan takdir bagiku.
bersambung....
Di malam hari ini, saye terasa seperti tidak mahu berbuat ape2..sedangkan byk lagi kerja menanti.. ingin merehatkan diri sebentar sebelum memulakan study PHYSIC.. ade test ISNIN ini.. nmpaknyer akk bilek sye telah pulang kerumah,menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.... keseorangan seperti biasa....
Habis sudah pembacaan saya tentang sebuah buku yg bertajuk JGN NODAI CINTA... byk perkara yg dikupas dalam buku ini..tp, disini saya begitu tertarik dengan sebuah artikel yg ditulis oleh seorang guru ini.. disini saya lampirkan artikel itu untuk renungan bersama...
Setiap insan memiliki hati dan setiap hati itu memiliki cinta. Hati adalah tempat bersemayamnya cinta dan bersemayamnya cinta di hati itu menjadikan kita sebagai insan. Begitulah eratnya antara Insan, Hati & Cinta. Tidak dapat dan tidak mungkin dapat dipisahkan.
Saya sering ditanya "Berdosakah apabila jatuh cinta pada seseorang?". "Alhamdulillah kamu adalah manusia normal" Itulah kebiasaannya respon pertama saya.
Hati kita memang mudah jatuh cinta dan mudah pula membenci. Bahkan kadang-kadang kita sangat cintakan seseorang kemudian dialah pulalah yang paling kita benci. Kecintaan kadang-kadang menjadikan kita seperti lembu yang dicucuk hidung hingga boleh diseret kemana-mana sahaja walaupun ke lembah kehinaan dan kotor. Tetapi cinta juga boleh mengangkat kita tinggi bahkan lebih tinggi dan mulia dari malaikat.
Itulah cinta, penuh dengan keajaiban. Islam tidak pernah melarang kita untuk jatuh cinta atau dicintai. Bahkan Islam tidak pernah menggambarkan cinta itu hina dan keji sehinggalah cinta itu sendiri dikuasai nafsu dan diukur dengan nilai-nilai cetek dan sementara tanpa dihubungkan dengan nilai Iman dan kehidupan Akhirat yang kekal abadi.
Bukankah cinta itu suci, sesuci embun pagi. Bukankah cinta itu mulia dan tinggi. Bukankah cinta itu datang dari kebersihan hati lalu melahirkan kemuliaan budi, kasih dan kepekaan jiwa.
Benarkah itu cinta, Kalau kita semakin keji dan hina? Benarkah itu cinta, kalau kita semakin bodoh dan lupa kemuliaan diri? Benarkah itu cinta, kalau kehidupan kita hilang pedoman hingga akhirnya kita terdampar dipantai maksiat? Benarkah itu cinta, kalau kita lupa diri hingga tercampak kelembah yang hina dina? Benarkah cinta menjadikan kita bodoh, hina, keji dan lupa diri? Benarkah cinta yang menjadikan hati kita hitam dan kotor hingga diri kita tidak lagi 'suci'? Benarkah cinta yang menjadikan kita sesat dalam kehidupan? Benarkah cinta yang menjadikan kita lupa dari mana kita datang, untuk apa didatangkan dan kemana akhirnya kehidupan?
Benarkah itu cinta
Atau nafsu yang menggoda
Atau syaithan yang memperdaya
Atau Iman yang yang semakin kehilangan Nyala
Benarkah itu cinta
Atau kejahilan yang menguasai
Atau dunia yang memperdaya diri
Atau kita yang buta dan lupa
Buta terhadap kebenaran dan Iman
Buta terhadap kemuliaan dan ketinggian
Lupa terhadap syaithan yang penuh kebencian
lupa terhadap nafsu yang memperdayakan insan
Bukankah semua kita inginkan kemuliaan
Bukankah semua kita mencari kebahagiaan
Bukankah semua kita mencari 'jalan pulang'
Kenapa kehinaan yang datang
Kenapa tiada lagi damai dan ketenangan
Kenapa kita tersesat di pertengahan jalan
Kenapa kita terlupa 'jalan pulang'
Benarkah itu cinta?
Atau kita yang diperdaya
Kehinaan di hias hingga mempersonakan
Kesementaraan dinampakkan kekal
Segala yang busuk terbau harum
Segala yang keji ternampak indah
Benarkah itu cinta? Untuk menjawab persoalan ini memerlukan jiwa yang bersih dan iman yang benar bukan nafsu dan kejahilan. Cuba kita hitung dengan kebenaran, berapa ramai yang tewas dalam pelukan cinta sedangkan semalamnya dia adalah lelaki atau wanita mulia. Cuba kita tanyakan iman kita berapa ramai yang mendirikan rumahtangga atas dasar 'cinta pertama' dan berapa ramai yang mampu mempertahankan mahligai cinta itu hingga keakhir hayat mereka. Cuba kita buka mata hati kita dan kita lihat dunia cinta ini dengan ilmu, iman, kebenaran dan kesedaran.
Ya, benar cinta itu membahagiakan bukan memperdayakan. Kita tidak inginkan kebahagiaan yang bersifat sementara dan kebahagiaan sementara ini tak lebih dari 'kosmetik' sahaja. kita perlukan cinta bukan 'kosmetik cinta'. Kita perlukan cinta kerana kita perlukan kebahagiaan bukan kerana cinta itu sendiri.
Jadi kalau ada orang yang sedang bercinta saya mohon 'teruskan percintaan anda'. Cinta itu tenang dan membahagiakan. Cinta itu menjadikan kita mulia dan tinggi. Mulia dan tinggi disisi Ar Rahman dan Ar Rahim sumber dan simbol cinta hakiki.
Kalau ada yang masih belum jatuh cinta. Ayuh, carilah cinta anda kerana ianya menghidupkan hati, membuka mata dan memimpin jiwa.
Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan cinta, mendokong dakwahnya berbekalkan cinta dan meninggalkan dunia ini dengan mewariskan cinta. Cinta baginda kepada Allah Ar Rahman sehingga seluruh kehidupan ini hanya untukNya. Cinta itulah yang telah memuliakan generasi pertama yang selama ini hidup dalam kebencian, teraba-raba dalam kegelapan lalu jatuh ke lembah nista dan hina. Cinta lalu hadir bersama cahaya hingga hati-hati mereka kembali hidup dan segar, keimanan berputik dan membuahkan bunga-bunga cinta lalu bunga-bunga cinta itulah yang kita perlukan kini. Untuk kita hidup dengan rasa persaudaraan, untuk kita bina rumahtangga di atas dasar iman dan untuk kita membangunkan masyarakat yang menghayati keimanan.
Bunga-bunga cinta itulah yang telah menyelamatkan generasi pertama dari kebinasaan jiwa, menyelamatkan wanitanya dari diperdagangkan lalu menjadikan mereka isteri-isteri yang mulia dan ibu-ibu yang dicintai. Lalu lahirlah generasi yang mewarisi haruman bunga cinta itu.
Kalau anda sedang asyik dalam percintaan, teruskan itulah kenikmatan hidup tetapi tanyakan pada diri anda...benarkah itu cinta?
Wah.. lme sungguh sye tidak menjenguk blog ini… setelah lme ditinggalkan..
Bukan ape, ini disebabkan kesibukan sye di university dan juga keadaan internet yang teramat lembap di kampus memaksa sye malas meng’update’ blog ini..
Maafkanku wahai blog kesayangan…. Malam ini tiada apa yang ingin sye lakukan walaupun hakikatnya
Banyak benda yg perlu di buat… konon2 nya jadi malas pula mala mini….huhuhu…
Kebenaran..kdg2 amat terlalu pahit untuk di telan, dirasa dan disimpan untuk menjadi iktibar kepada diri sendiri.
وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
AL-BAQARAH-42
“ dan janganlah kamu campur adukkan Yang benar itu Dengan Yang salah, dan kamu sembunyikan Yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.”
Tapi.. hakikatnya itulah yang berlaku.. perlu diingat juga, kebenaran itulah petunjuk segal-galanya dalam hidup kita,kebenaran tidak akan bercampur dengan kebatilan...arghhh..mule mengarut lagi nmpaknyer… hehe..
Nmpaknyer da masuk 2 tahun sye berada di upm ini. Sorotan perjalanan yang penuh berliku di sini. Penuh dengan ketawa, tangisan, irihati, ...
cemburu dan bermacam2 lagi ekspresi yang lain. Diselubungi dengan rakan-rakan yang sentiasa gembira ,menyembunyikan segala keresahan mahupun kesedihan dalam jiwa.. “ketawa dan gembira adalah ubat yang paling baik menyembunyikan luka dan lara”…sye pun tidak terkecuali dalam perkara ini..
Semakin menginjak usia, semakin sye rasa adakah hidup sye masih lama lagi di dunia ini??? Menimbang semula kepada apa yang berlaku akhir zaman ini membuatkn sye berfikir berkali2 adakah sudah cukup amalan, kebaikan yang sye lakukan..adakah segalagalanya akan diterima oleh Nya???
وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقًا ۙ قَالُوا هَـٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِن قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدون٥
AL-BAQARAH-25
“dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah Yang telah diberikan kepada Kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu Yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka Dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri Yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.”
Semoga sye juga tergolong dalam golongan merka yang menuju SYURGANYA…انشاء الله.....امين.
Sudah beberapa kali saye cuba mengubah diri ini.. tetapi..kenapa selalu saja gagal?? Mungkin kerana tidak cukup kuat untuk menghadapinya.. mungkinkah??? Tetapi apa yang penting adalah kembali kepada jalan yang lurus….tinggalkan segala perkara maksiat yang telah dilakukan…..bertaubatlah sementara ada kesedaran dan jangan biarkan diri sesar oleh ALLAH sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran….
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
AL-JATHIAH-43
“ Dengan Yang demikian, Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang Yang ingkar) tidak ingat dan insaf? “
hakikatnyer perubahan itu perlu ade kekuatan dari diri sendiri, diri kite yg menentukan apa yg bakal berlaku pd kite, sentiasalah mencari hidayah ALLAH, tidak mungkin kita dapat memalsukan sesuatu yg pasti jelas haramnyer perkara itu, syaitan laknatullah sentiasa mncari jalan menyesatkan anak2 ADAM...
وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ
AR-RA'DU-13
"Dan Dialah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dialah juga yang menghantarkan petir, lalu Dia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya), padahal Dia amat keras azab seksaNya."
Temuduga terbuka.. semua ambil perhatian...
Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.
KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (
khas untuk jawatan a):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat. Anda tidak
perlu bawa wang atau harta (yg banyak). Anda tidak perlu berparas rupa yg
cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal Iman
dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia
akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan
berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang
tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW: Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di
dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut)
orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat
itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika
beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya
diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan
amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan
diletakkan di hujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras
kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan
masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata
kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya:
dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua
hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan
masuk. Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya
kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(muhammad)
yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak
sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan
solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah
pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka
berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi
bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran
daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan
demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian
dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan
itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka
bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70
hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari
semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!
Wallahu-a'lam
23.3...genaplah 20 tahun umurku...maknanya da dua dekad hidup di dunia ini..
alhamdulillah ALLAH mari beri lagi kesempatan padaku untuk bernafas dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini..Terima kasih kepada ibu bapaku yang telah mendidikku sehingga aku menjadi seorang manusia yg berguna di dunia ini..
TERIMA KASIH IBU DAN AYAH....SAYANG IBU..SAYANG AYAH...
Tahun ini ada kejutan yang menantiku..coursemate ku membuat suprise pdku..(dak2 kimpet)..ramai la juga yg memenuhi bilikku..sungguh terharu sekali saat itu..begitu tinggi nilai persahabatan yang dipamerkan pdku..itulah kawan..kawan sejati sudi menemani kita di kala susah dan senang...SAYANG KORANG SEMUA!!!....
DISINI ade beberapa keping gambar..(hadiah daripada mereka)..
tidak lama lagi mungkin aku akan mengadakan parti bersama mereka...

jika anda pergi ke stesen minyak.. tentu anda biasa melakukan perkara ini.. apakah die??? ha.. mestilah pergi stesen minyak untuk mengisi minyak bukan?? tp.. sekarang ini.. klo isi minyak.. siapa yg tlg isikan?? adakah org yg berdiri sebelah tangki minyak itu dengan rela hatinya mengisi untuk anda?? mungkin ade yg begitu, tapi kebanyakan mereka tidak melakukan perkara begitu...kenapa ea??
benzene ring....
ape kaitannye dgn minyak??
menurut kata2 profesor sya..(prof gwendoline)..benzene adalah bahan yg carcinogenic,maknanya boleh menyebabkan cancer, disebabkan benzene bley distabilize dan juga mampu membuat resonance yg byk, jd, ia amatlah stabil dan reactive (teori saya sendiri, xhbs mengkaji.. hehe)....maknanya boleh menyebabkan cancer.. so.. siapa2 yg selalu di stesen minyak dan mereka yg bekerja di ctu.. mempunyai percentage yg tinggi untuk mndapatkan cancer. tp.. perlu diingat.. cancer bukan saje berpunca drpada benzene nie.. byak lg bnde yg boleh menyebabkan kanser...oleh yang demikian anda semua dikehendaki berhati-hati tidak kira di mana anda berada dan amalkan lah pemakanan yg seimbang..:)
ok..nie fakta sebenar tntang benzene.. hehe
Benzene is an aromatic hydrocarbon that is produced by the burning of natural products. It is a component of products derived from coal and petroleum and is found in gasoline and other fuels. Benzene is used in the manufacture of plastics, detergents, pesticides, and other chemicals. Research has shown benzene to be a carcinogen (cancer-causing). With exposures from less than five years to more than 30 years, individuals have developed, and died from, leukemia. Long-term exposure may affect bone marrow and blood production. Short-term exposure to high levels of benzene can cause drowsiness, dizziness, unconsciousness, and death.
sabarlah.. syukurlah dengan apa yg anda perolehi.. itulah ungakapan yg sebaik2nya... pada hari isnin yg lepas.. test kimia organik 1..masyaallah..soklan die... mmg menarik..(susah).. haha..prof gwendoline(lecturer kimia organik group 2)...(group 2 khusus tuk budak2 kimia petroleum).. turut melahirkan rasa kesusahan test itu.. haha..padahal, itu cuma test saje... tajuk yg terlibat..alkene,alkynes,alkyl halide,alcohol.ether,amines,epoxides.. banyak sunnguh!! lepas test.. mule jd mengarut dan merepek..(tabiat normal lepas test yg agak susah)...kemudian.. aku dan beberapa org rakan termasuk lewat... hurm.. maklum la rakan2 lain sibuk mengingat fakta...terlupa nak menjemput kitorang masuk dalam dewan exam.. (mule2 rase kecik hati jugak dengan diorang,tp..xpe la.. ade hikmahnya..)...dan..hikmahnya... aku lulus dan mendapat markah yang baik..الحمد لله..tp..kesian jugak kpd mereka yg gagal tu... ramai jugak yg gagal...
tapi.. profesor gwendoline tetap memberi semangat kapada kitorang dgn kata-katanya..
"xpe2..u all still ade harapan lagi, dont give up, starting from today, double up your effort..."... baik sungguh profesor nie...lagi satu.. profesor nie mmg tidak kedekut memberi markah kepada pelajarnya dan sentiasa membantu pelajar untuk skor dengan lebih baik.. terima kasih profesor... tq ALLAH... Ya Allah, semoga engkau sentiasa memberi petunjuk dan hidayahMu dalam setiap apa yang aku lakukan...AMINNN...
alhamdulillah.. dapat lagi diberikan ruang untuk menulis sesuatu di sini..Rsenye sudah lme tidak mengupdate sesuatu.. same ade cerita ataupun sebaliknya... begitu cepat masa berlalu.. lagi sebulan, habislah semester kedua nie.. masuk semester baru dan juga tahun baru...(tahun 2).. berubah title dari junior kepada senior..hehe.. rsa macam da tua pula..rsenye baru je semalam bercuti panjang(cuti midsem)... padahal da 2 minggu berlalu.. begitulah cepat ,masa berlalu.. tanpa kita sedari...tapi.. skrg.. masa begitu pantas sgt.. mgkin ade yg perasan.. ataupun tidak.. kenape??
ade yg mengatakan ini adalh disebabkan gempa bumi yg berlaku di Chile.. dengan kekuatan yg berukuran 5-7.7 skala ritcher.Pergerakan kerak bumi menjadi tidak betul. Fisiologi asal bumi telah terganggu..dan bila kita merenung kembali akan apa yang berlaku, terfikir kembali akan banyak gempa bumi yg berlaku sekarang ini.. begitu banyak sekali berlaku...dan.. tanda2 yg paling hampir kepada berlakunya kiamat nnt adalah gempa bumi yg berlaku di semenanjung tanah arab(kalau salah betulkan ea)... namun, adakah manusia sekarang peka dgn apa yg berlaku??? tanyalah diri anda sendiri..sesungguhnya kiamat dan hari kehancuran alam itu.. amatlah hampir kapada kita.. antara kita menyedarinya ataupun tidak.. bukalah mata.. buka hati...bertaubatlah sementara masih ada masa...(peringatan buat diri saya juga)
wallahualam...

Khalifah Uthman Bin Affan r.a berkata, "Ada sepuluh hal yang dianggap sia-sia ,iaitu:orang pandai yang tidak pernah diminta pendapatnya.Ilmu yang tidak diamalkan.Pendapat benar yang tidak diterima.Senjata yang tidak pernah dipakai.Masjid yang tidak digunakan untuk beribadah.
Al-Quran yang tidak pernah dibaca. Harta yang tidak dibelanjakan pada jalan-Nya.Kuda atau kenderaan yang tidak dinaiki.Ilmu zuhud bagi orang yang mencintai dunia.Dan umur panjang yang tidak digunakan untuk memperoleh bekalan akhirat."
Di antara sepuluh perkara yang dinyatakan tadi, sudah tentulah ia berkaitan dengan kehidupan kita keseluruhannya.Kalaupun tidak 100%, mungkin ada la juga separuh atau suku darinya.Kebanyakan masa kita banyak dipesongakan dengan perkara yang melalaikan ,mengarut dan membuang masa juga.Itulah dunia ,penuh dengan segala penipuannya.Tapi adakah kita patut menyalahkan dunia andai kita tidak berjaya di akhirat???.
Sudah tentu dunia ini tiada hubungan langsung jika kita gagal nanti. Manusia itu sendiri yang tidak tahu(klo bahase klate,xtahu gane jadi camtu)..mengadaptasi dan mengolah diri mereka dalam dunia ini.
Jadi,persediaan dan kekuatan diri adalah penting dalam diri anda. PERSEDIAAN apa?? Bunyi macam gamat saja..Tentulah persediaan jasmani dan rohani anda..Dan yang paling penting disini adalah rohani anda.Rohani perlukan makanan yang secukupnya untuk memberi sepenuh kekuatan dan ketabahan padanya.Mungkin bunyinya agak pelik, tapi rohani itulah yang mengawal jasmani kite.
Kenapa saya kata begitu?? Cuba anda bayangkan ada seorang perempuan yang putus cinta ,ada yang mengalami tekanan yang berpanjangan hingga memaksa dia melakukan perkara yang menyeksa diri, ada juga yang tetap sabar dan redha dengan apa yang berlaku..ITS IN GOD'S HAND..mereka yang tetap tabah itu dan tidak melakukan perbuatan yang membinasakan diri mereka sendiri sebenarnya mendapat kekuatan daripada rohani yang kuat...rohani mengucapkan 'semua itu takdir Allah'...dengan sendirinya jasmani pula dengan dirangsang oleh akal yang waras, akan tetap tenang dengan apa yang berlaku.Hubungkait antara rohani dan jasmani di sini amat penting, reaction antara 'mereka berdua' dapat menghasilkan product yang berkualiti hasil reaction yang effektif antara reactant jasmani dan rohani.Oleh yang demikian, kuatkanlah rohani anda, berilah ia makanan yang halal dan santapan yang berkhasiat agar ia tetap kuat dan resistant kapada semua perkara.
Assalamualaikum....
nampaknya sudah lama tidak mengupdate blog ini...
maklum la.. sekarang amatlah sibuk dengan test...
kemudian mesyuarat melambak2...
ade event besar kena diselesaikan...
itulah lumrah pelajar dalam perjuangan...
inipun sempat mencoretkan sesuatu kerana amat penat membaca sejarah...
etnik dan kenegaraan...(padahal dulu subjek yg plg saya suke sekali)
xpe2... minggu depan saya akan melakukan transformasi ke dalam blog ini..
doakan saya berjaya dalam exam kali ini..aminnn.. INSYAALLAH
Permulaan hidup ini….
Ayah dan ibu…
Ayah dan ibu..
Itulah permulaan kami….
Lagu daripada Allayarham Sudirman berkumandang di laptop… teringat pula kepada mereka berdua…
Ayah dan ibu… permulaan hidup setiap insan..merekalah yang mencorakkan hidup kite ini..daripada sehelai kain yang berwarna putih.. akhirnya muncul pelbagai corak dan lakaran di atas kain itu….
Lakaran dan corak yg pelbagai itu jualah yg mengharmonikan kehidupan alam raya ini.. saling mengadaptasi kepada keadaan sekeliling… memeriahkan dan menggamatkan alam ini…manusia..itulah makhluk yang dicciptakan oleh Allah yang mempunyai keistimewaan tersendiri… manusia ini berbeza daripada makhluk yang lain.. perbezaan yang ketara antara manusia dan makhluk lain adlah pada kewujudan akal dan otak..makhluk lain mempunyai otak tetapi tidak mempunyai akal…
Manusia diberi pilihan dalam hidup mereka.. semua itu terletak pada diri mereka sendiri.sama ada memilih jalan kebaikan atawpun mengundang kepada jalan keburukan.Antara dua…pilihlah mana yang berkenaan.. andai inginkan hidup yang harmoni dan bahagia serta selamat,pilihlah kepada jalan kebaikan.. anadai ingin mengundang kemarahan manusia dan kemurkaaan Allah pilihlah kepada jalan keburukan… tetapi hakikatnya fitrah manusia itu sendiri inginkan kepada perkara kebaikan..bayangkan seorang lelaki yang buruk akhlaknya(sebagai contoh saje) sudah tentu jika dia hendak berkahwin, pastinya pilihan hatinya seorang wanita yang solehah, yang menutup aurat,sopan dan berbudi pekerti..
Itulah fitrah manusia… tiada siapa dapat menafikan hakikat ini..itulah hakikat seorang MANUSIA…MANUSIA….
Manusia berasal daripada perkataan نسي........ia bermaksud lupa… manusia tidak sempurna… itulah salah satu lagi perkara yang tidak dapat dinafikan… sekalipun manusia itu hebat dapat mengingati segala-galanya seperti Albert Einstein.. tetapi itu semua adalah hasil daripada pertolongan Allah yang member pertolongan agar manusia dapat mengingati apa yang diingini…
Sesungguhnya kehidupan ini amat indah jika kita dapat memanfaatkan segala-gala nikmat dan pemberian yang Tuhan berikan dengan sebaik-baiknya…sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita perolehi….SYUKUR … tidak mengeluh dan resah dengan apa yang melanda kita….انشاءالله…..hidup kte akan bahgia selama-lamanya…salam perjuangan kepada semua rakan-rakan saya…
In ISLAM there is no word for hands up, there is no word for surrender, there are only two things..WIN AS A MUJAHID OR DIE AS A SYAHID….وسلم عليكم
Duduk termenung di dalam bilik.... hanya merehatkan badan dan fikiran setelah penat seharian menghadiri kelas... ade amali hari ini.. kmudian ade kelas pd pukul 3 pula...
Akibat malas hendak pulang ke kolej walaupun ada gap.. jd.. berkelah di dalam library... nampaknya library kelihatan lengan sekali... laluan pun tidak begitu sesak...
Hari ini first time nak pinjam buku di library... al maklum lah.. dulu sem satu amat malas nak g library.. juz dok blek je.. hehehe..
sekarang.. azam baru.. semangat baru....
kehidupan di universiti yg penuh cabaran.. btul seperti kata kak alya(kakak usrah dulu).. dok universiti nie kne ade kumpulan..(maksudnya macam jemaah la)...jemaah@usrah yg membawa kebaikan... bukan bermakna sesiapa yg tiada jemaah tu tdak kuat.. ttp,sekurang2nya jemaah2usrah itu dapat menjadi pelindung kita...InsyaAllah...
Azam baru,semangat membara untuk meneruskan sebuah perjuangan di muka bumi ALLAH ini..
suka dan duka ditempuhi.. kadang2 terasa tak bisa menahan lagi bebanan ini..
tapi sesungguhnya yakinlah bahawa ujian itu adalah tanda ALLAH sayang kepada kita...
ku yakin akan katentuanNya.. seperti kata sahabatku... GOD KNOWS THE BEST FOR US...
Jangan cepat mengalah.. Allah suke org yang terus-terusan berdoa dan memeinta kepadanya... itulah hikmah yang dapat ku simpulkan setiap kali musibah dan ujian itu melanda diriku..usia semakin menginjak ke angka 20an.. semakin matang dan semakin lama lagi perjalanan hidup ini.. banyak lagi yang harus dilakukan.. adakah tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini telah sempurna dilaksanakan???
tanggungjawab bukan semudah yang disangka...berat untuk dipikul, tetapai,andai cara dan jalan ke arah tanggungjawab itu mengikut aturan yang betul, hasilnya juga pastilah setimpal dgn usaha yg dilakukan untuk mencapai matlamat tanggungjawab itu...
jadikan diri seorang yang sentiasa bertanggungjawab... BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KEMPENTINGAN DAN KEMASLAHATAN UMAT ISLAM..kejayaan bukan hanya untuk diri sendiri,tetapi adalalah kejayaan bersama.. kejayaan umat islam.. kejayaan yang cemerlang dan gemilang...sentiasa sematkan dalam diri rasa untuk berjaya dengan cemerlang...demi mencapai kejayaan yang hakiki bukan saje di dunia, tapi di akhirat juga..انشاءالله
sedikit renungan daripada ku...buat rakan2 yg membaca blog ini...
-seberapa besar onak dan diuri melanda dirimu, bersabarlah wahai hati, jangan terus mengalah hingga terus tersungkur ke tanah, yakinkan dirimu kuatkan imanmu kebalkan kepercayaanmu agar ia bisa menjadi nadi berjuang di muka bumi ALLAH ini..
©[Seruling Musafir] - ismisyafiqah.
Template by Dicas Blogger | Topo