>

Thursday, April 30, 2009

KETIKA CINTA BERTASBIH.. overview..

Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini

Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbihKupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta

Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih

Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

pertama kali mendengar lagu ini.. saya teringat pada kenangan lampau.. lampau tu di kira lame gak la..
haha.. betapa saya penuh kealpaan dari mengingatiNYA.. waktu tu.. saya begitu terleka sekali.. betapa syaitan begitu berjaya merasuki diri ini.. huhu.. bunyi macam da buat dosa besar je kan?? hm.. dosa juga benda tu(biarlah dosa itu terkubur dalam lipatan hidup saya).. saya rase betul-betul insaf sangat selepas tu.. dan saya berjanji tidak akan lagi buat benda itu..

sekarang saya berusaha memperbaiki diri ini dan cuba menebus segala kesilapan yang saya lakukan..
saya berdoa semoga ALLAH menerima segala taubat yang saya lakukan demi mengharapkan REDHA DAN CINTA darinya... AMIIIN..

calitan diteruskan >>

Tuesday, April 28, 2009

SIHAT DAN SEGAR..


TEH SEGARKAN TUBUH DAN FIKIRAN..
Minum teh dapat menyegarkan tubuh dan fikiran kerana teh mengandungi kafein antara 3 hingga 5 peratus. Zata ini akan mendorong aktiviti mental anda dan memperbaiki pencernaan makanan dalam perut. Pencernaan makanan yang baik akan membakar lamak dalam tubuh lebih efisyen. Bagi yang berdiet proses ini membantu mengurangi berat badan jika diminum sewaktu perut masih kosong.

MENTEGA MEMANAS DAN MELEMBAPKAN
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang dapat menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

RISIKO SMS
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Pegawai Kesihatan di London, remaja yang kerap menghantar sms kapada rakan berisiko tinngi menghidap kecederaan ketegangan berulang (RSI). Kekerapan menghantar sms menggunakan cuma ibu jari untuk menaip boleh menyebabkan kesakitan dan bengkak pada tendon dan boleh menyebabkan kecederaan jangka panjang.

BAHAYA MAKAN KENTANG GORENG
Menurut penyelidik Amerika Syarikat, kanak-kanak kecil yang sering makan kentang goreng menghadapi risiko menghidap barah payu dara apabila besar. Satu hidangan kentang goreng seminggu ketika usia 3 hingga 5 tahun meningkatkan risiko 27 % risiko menghidap barah payu dara apabila dewasa kelak. Penyelidik mendapat lebih banyak bukti bahawa amalan pemakanan sewaktu kecil mungkin memainkan peranan membentuk penyakit tertentu di kalangan wanita apabila mereka dewasa.

BAWANG PUTIH UNTUK AIR MANI
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Jangan tidak tahu, minyaknya juga boleh digunakan untuk merawat gigitan serangga.

SALAD SEMBUHKAN GANGGUAN MENTAL
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

BAHAYA TELEFON BIMBIT
Ibu bapa dinasihatkan supaya memastikan anak mereka di bawah usia lapan tahun tidak terdedah kepada penggunaan telefon bimbit berlebihan kerana ia dikaitkan dengan masalah ketumbuhan pada telinga dan otak. Satu kajian selama 10 tahun di Sweeden mendapati pengguna kerap telefon bimbit lebih terdedah kepada ketumbuhan tidak berbahaya di telinga dan otak manakala kajian di Belanda menunjukkan perubahan dalam fungsi kognitif.

calitan diteruskan >>

Monday, April 27, 2009

PERSIMPANGAN HIDUP..

  1. Iblis berada di depanmu, jiwa disebelah kananmu
  2. Nafsu di sebelah kirimu dan dunia berada di belakangmu.
  3. Semua anggota tubuhmu berada di sekitar dirimu sedangkan Allah di atasmu.
  4. Maka Iblis mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu supaya memenuhi kehendak syahwat dan dunia mengajakmu supaya memilihnya daripada akhirat.
  5. Anggota tubuh mengajak untuk melakukan dosa dan Tuhanmu mengajak engkau memasuki syurga serta mendapatkan keampunanNya.

Sebagaimana firmannya yang bermaksud:

"Dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunannya"

~sesiapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya~

~sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya~

~sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, hilanglah akal dari dirinya~

~sesiapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilanglah syurga dari dirinya.

~dan sesiapa yang memenuhi ajakan Allah Rabbul Jalil maka hilanglah dari dirinya semua jenis kejahatan, serta memperoleh semua kebaikan.

-ALWAYS POINTING THE TRUTH_

calitan diteruskan >>

SANTAI SEKETIKA

ORANG KATA.. enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti taubatla.

ATUK KATA.. orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA.. betul jugak tu.


ORANG KATA..exams itu susah, kena banyak pengorbanan, constant study.. past year papers.. etc..etc..

ATUK KATA.. exams tu senang je, dah ada tarikh untuk di uji, dah ada sillibus untuk diikut, kalau ajal.. entah bila siapapun tidak tahu, banyak pula peringkat ujiannya, Mungkar Nakir, Neraca Mizan, tayangan slide lagi..

AKU RASA.. betul jugak tu.


ORANG KATA.. have fun on your birthday.. panggil kawan-kawan dan sedara mara, berpartilah sepanjang malam, make it memorable one!!

ATUK KATA.. setiap hari kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat..

AKU RASA.. betul jugak tu.


ORANG KATA.. kerja mesti bersungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat.. baru la hati puas!!

ATUK KATA.. betul ke da puas hati?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?? dah cukup zikir untuk santapan rohani?? dah cukup amalan untuk 'book' tempat Al-Firdausi??

AKU RASA.. hmmmm.. btul jugak tu!!!

ALWAYS PONTING THE TRUTH...

calitan diteruskan >>

RENUNGAN SEJENAK..

UMUR kita tidak panjang..

HIDUP tidak lama..

MATI pun tidak tahu bila..

Seronok DUNIA itu sementara..

Bahagia AKHIRAT itu selamanya..

Susah dahulu SENANG kemudian...

Renung-renungkan dan beramallah..

calitan diteruskan >>

CINTA..


Jika seseorang sudah terbiasa mendengar yang batil dan menerimanya, ia akan menghijab dirinya daripada kebenaran. Hatinya dibiarkan angguk pada kesesatan. Akibatnya apabila kebenaran datang, dia akan menolaknya. Hatinya sudah tidak nampak lagi cahaya Allah. Sebagai balasan, Allah membiarkannya dalam kesesatan dengan tidak memancarkan hidayahNya ke dalam hati.

Kalau ada lintasan untuk berubah dari jiwa yang lalai kepada jiwa yang menyintai Allah, maka bersegeralah untuk melakukannya kerana itu adalah lintasan benar dari Allah. Lintasan yang berupa hidayah yang tidak akan datang selalu. Biasanya ia disertai dengan keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah akan menarik balik. Taufiq Allah bukan milik semua orang. Bukan milik orang yang tidak bersungguh-sungguh.

ADAKAH BERCINTA ATAU TERLALU MENGASIHI SESEORANG KERANA ALLAH ITU MELALAIKAN???

Dari pengalaman seseorang yang mendekatkan diri kepada Allah, setelah diuji jatuh hati, dia merasakan semakin jauh dari Allah, kerana asyik mengingati kekasih hatinya. Terasa bagai hati telah dikotori. Saban hari penuh dengan SMS dan panggilan, kemudian terjebak dengan pujuk rayu syaitan untuk mengatur pertemuan pula.

MENGAPA CINTA KERANA ALLAH PUN MELALAIKAN???

Cinta memang melalaikan. Cinta kerana Allah yang dikatakan itu hanyalah nama hiasan untuk menafikan kelalaian cinta. Ada orang berpendapat cinta kerana Allah itu adalah untuk berkahwin dan melahirkan zuriat yang dididik dengan cara hidup islam. Pandangan ini adalah SALAH. Sebenarnya ini adalah natijah daripada cinta kerana Allah.

Kadangkala manusia tersalah anggap cintanya kerana Allah padahal percintaaannya menyebabkan makhluk diagungkan daripada pencipta makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamat dah betul dan jelas tetapi jalannya tidak berlandaskan syarak.

Salah satu ciri cinta kerana Allah adalah pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang berlaku. Rasullullah ada bersabda bahawa ada dua perkara yang perlu disegerakan; jenazah-perlu segera dikebumikan dan gadis yang telah bertamu calon suami-hendaklah segera dinikahkan.

JATUH CINTA???
Perasaan itu adalah anugerah Allah tetapi kalau dirasakan melalaikan tentu ada salahnya dan Allah tidak meredhai. Sentiasalah berdia kepada Allah agar memelihara perasaan cinta itu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tidak menjauhkan diri daripada Rabbi.

KE'AIBAN CINTA???
~Saban hari menghantar SMS menelefon atau berbalas e-mail dan sebagainya.
~Dalam solah pun teringatkan si dia.

Rawatlah dengan mujahadah penuh rela dan takut dan cinta Allah. Yakinlah dengan Allah.

Naluri ingin disayangi dan menyayangi adalah ujian Allah yang diuji kepada setiap jiwa manusia.

BERCINTA TIDAK SALAH.. MEMUJA CINTA ITU YANG SALAH...

Cintalah berlandaskan landasan syarak. Sesungguhnya cinta sering melalaikan manusia dari mengingati Allah hinggakan kesempurnaan ibadah terganggu. Lebih parah lagi, kerana cintalah manusia mudah lupa batasan pergaulan yang telah Allah gariskan. Cinta juga membuka peluang baru kepada syaitan dan mengundang kemurkaan Allah.

SETIAP YANG MEMBAWA HARAM ADALAH HARAM..

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI..

DI MANA ANDA LETAKKAN KEUTAMAAN CINTA ITU????

~tidak beriman seseorang itu sehingga Allah dan Rasul dicintai lebih daripada cinta kepada ibu bapa, anak-anak, kaum kerabat dan sebagainya. Cari redha Allah dahulu..~

Allah jadikan cinta sebagai ujian melihat sejauh mana kita bersabar dengannya. Memang susah, tapi yng susah itulah satu imtihan Allah untuk nenguji tahap keimanan kita. Sabar pada setiap rangsangan nafsu. Perkara yang Allah haramkan hanya seketika, cuma dalam tempoh belum bersedia untuk berkahwin sahaja. Bila Allah izinkan dapat bersama nanti, tentu kemanisannya lebih terasa dan yang lebih penting diiringi dengan rahmat Allah.

~Di saat kau resah ingatlah pada RAJA segala cinta, PENCIPTA cinta~

~Sebenarnya orang yang engkau cintai telah menjadi seorang PEROMPAK. PEROMPAK ketenanganmu mencintai
ALLAH~

~Bukan prinsip wanita solehah gatal ingin mengenali lelaki, apatah lagi melalaikan lelaki dari cinta pencipta. Dan bukan juga prinsip lelaki soleh gatal ingin mengenali wanita, apatah lagi melalaikan wanita dari cinta pencipta.~

~ingin menyayangi dan disayangi adalah UJIAN ALLAH yang paling berat untuk hambanya yang bergelar remaja~

ENGKAU AKAN GAGAL DALAM HIDUPMU JIKA KAU CEMARI HATIMU DENGAN CINTA SELAIN ALLAH..

Andainya dua hati saling menyukai, simpanlah perasaan itu di suatu sudut hati. Bergantung haraplah hanya pada ALLAH, barulah kebanyakan pintu syaitan akan tertutup.

Sucinya cinta jika di jaga kerana tiada unsur kelalaian dari cinta Allah. Inilah sebenarnya cinta kerana ALLAH.
Semoga ALLAH menganugerahkan pula pasangan yang turut mencintai dan dicintaiNYA, seorang yang mampu membimbing kita yang lemah ini ke jalan yang diredhai ALLAH.

Kalaulah dia memang ditakdirkan Allah untuk menjadi pasangan anda, dia tetap akan menjadi milik anda.
Allah yang Maha Bijaksana tentu sudah mempunyai aturan yang terbaik untuk anda. Tak perlulah melafazkan ungkapan I LOVE YOU, SMS atau sebagainya. Semua itu mengganggu study, membazirkan waktu dan wang serta menukarkan fikiran yang baik kepada khayalan, menggelapkan hati, melalaikan solah dan menjauhkan kita daripada Allah.

Tutulah ruang-rueng fitnah, tutuplah ruang-ruang perkenalan supaya dirimu tidak menyumbang kelalaian orang lain dan kelalaian dirimu. Peliharalah hatimu kerana iman dan ilmu akan mudah menyelami hati yang bersih.

Allah mengatur dan merancang setiap pertemuan manusia hingga saling menyayangi. Tetapi sayang.. manusia sering lupa pada Allah malh lupa mensyukuri nikmat Allah. Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah. Itulah liciknya syaitan memperdaya. Tidakkah terbit rasa malu apabila seseorang mengaku yang cintanya hanya kerana Allah, sedangkan jalannya tidak berlandaskan syarak bukan di atas landasan iman, penuh dengan kelalaian dari mengingati ALLAH?? Inikah balasan kita kepada Allah yang telah mengatur dan menemukan kita dengannya?? Agungkanlah ALLAH yang sudi menyusun pertemuan kita dengannya. Pasrahlah harapan kepada ALLAH. Yakinlah dengan perancangan Allah.

JANGAN BIAR ADA KRISIS KENYATAAN PADA ALLAH....

Perasaan cinta hanya sebahagiaan kecil daripada kehidupan. Banyak lagi perkara lain yang perlu diutamakan.
Lagipun, tidak semestinya perasaan itu akan diredhai Allah kerana mungkin Allah telah menjanjikan seseorang yang lebih baik darinya.


YAKINLAH DENGAN KEBIJAKSANAAN PERANCANGAN ALLAH


UTAMAKANLAH KEREDHAAN ALLAH DALAM SETIAP TNDAK TANDUKMU..

Perasaan cinta kepada seseorang tidak menghalalkan kita untuk mengenepikan Allah dalam setiap tindakan..

Peliharalah cinta yang lahir dari hatimu, anugerah Allah agar kau pelihara supaya tidak dicemari dengan kelalaian dan bisikan syaitan. Tidak perlu memuja cinta kerana PENCIPTA cinta lebih baik untuk dicintai dan dipuja..


CINTA SEJATI TIDAK BERSULAMKAN KEMURKAAN ALLAH...

rujukan:khairol badriah jaafar

calitan diteruskan >>

Thursday, April 23, 2009

Satu Penerbangan Dan Suatu Perjalanan Yang Jauh


Bila bercakap dan berkata tentang nak raya dan bercuiti kita mesti akn merancang dan membuat satu perjalanan,terutamanya dan khasnya buat anak dagang yang merantau di negeri orang. Bagi yang tinggal di seberang sana pasti telah bersedia dengan tiket dan pas perjalanan, mungkin ada yang telah bersedia dengan sedikit ole2 untuk keluarga yang sedang menunggu pulangnya seorang perantau. Dalam sedar tak sedar kita sebenarnya berdepan dengan satu lagi perjalanan yang amat jauh dan amat sengsara kecuali insan yang telah bersedia dengan amal ibadat dan telah menempah rahmat ALLAH S.W.T sebelum dijemput oleh Izrail

Perjalanan dari alam dunia ke alam kubur dan seterusnya akhirat ianya ibarat penerbangan kesebuah negara lain atau destinasi yang jauh


Dimana maklumat tentangnya tidak terdapat dlam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith


Dimana penerbangannya bukannaya melalui Air Asia atau Air Jordan,tetapi Al-Jenazah


Dimana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, tetapi caj lebihan berat adalah atas kesudian Pencipta kita


Dimana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya, tetapi kain kapas putih

Dimana pewanginya bukan Channel atau Paco Rabane, tetapi air mawar dan cendana


Dimana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam


Dimana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan,tetapi selama-lamanya

Dimana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain2.

Dimana layanan di dalamnya bukan lg kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan


Dimana destinasi mendarat bukannya KLIA,Hearthrow Airport atau Jeddah International, tetapi Tanah Perkuburan


Dimana ruang mununggunya bukan lagi bilik air-cond dan red carpet,tetapi bilik 6 kaki gelap gelita

Dimana pegawai imegresen bukanlah pihak kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa sama ada kite layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London, tetapi sama ada SYURGA atau NERAKA...


Dimana tdk perlu ada pegawai kastam dan alat pengesan.


Dimana lapangan terbang transit adlah AL-BARZAKH.


Dimana destinasi terakhir sama ada SYURGA yang mengalir sungai di bawahnya atau NERAKA JAHANNAM....

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. ianya percuma,jadi savins anda tidak akan dihabiskan..

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang..


Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tidak perlu risaukan masalah alergi atau halal haram makanan..

Jangan risaukan delay. Penerbangan ini sentiasa tepat waktunya,ia berangkat dan tiba tepat pada masanya..

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka

..................... Jangan bimbang tentang tempahan.........................

Ianya telah ditempah sejak anda di dalam rahim ibu anda lagi..

Ada berita baik!!!

Jangan bimbangkan siapa yang bakal duduk di sebelah anda. Anda adalah satu2 nya penumpang penerbangan ini.. oleh itu, bergembiralah selagi boleh..

Hanya ingat.. PENERBANGAN INI DATANG TANPA AMARAN!!!

-NAMA ANDA TELAH DITEMPAH UNTUK PENERBANGAN INI-

ADAKAH ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT


SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI????????????

calitan diteruskan >>

PUTERI IDAMANKU

pUTERI idamnku adalah seorang wanita yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kapada ALLAH S.W.T,
Yang dijiwanya penuh dengan penghayatan terhadap islam,
Yang sentiasa dahagakan pahala.

Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut berkata benar,
Yang tidak pernah gentar melawan hawa nafsu,
Yang sentiasa bersama golongan orang yang berjuang dijalan ALLAH S.W.T.

Puteri idamanku adalah wanita yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh,
Puteri idamanku adalah wanita yang menghormati ibunya.

Yang sentiasa berbakti kpd orang tua dan keluarganya,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anaknya ilmu duniawi dan ukhrawai,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana baginya hidup,
Adalah mahligai persinggahan sementara menuju akhirat.

Puteri idamanku sentiasa bersedia menjadi srikandi islam,
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi akhlak Rabiatul Adawiyah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.

Yang menjaga matanya daripada berbelanja
Yang sujudnya penuh dengan kesyukuran dengan rahmat ALLAH S.W.T keatasnya,
Puteri idamanku tidak pernah membazir masa,
Matanya kepenatan krana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena diulit oleh sinar keimanan,
Bangun subuh dengan penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah dengan penuh kematangan.

Puteri idamanku sentiasa mengingati mati,
Yang baginya dunia adlah ladang akhirat,
Yang mne buah kehidupan perlu dibaja dan dijaga,
Agar kelak berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam dihari kemudian.

Puteri idamanku adlah wanita yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan Syurga yang abadi,
Disitulah mahligai kasih idamannya dan dia akan membawa daku bersamanya,
DIALAH PUTERI IDAMANKU...
MOGA AKU DIPERTEMUKAN DENGANNYA..

calitan diteruskan >>

Tuesday, April 21, 2009

TINTA SAYA..


Sebenarnya,,saya tidak tahu mengapa saya membuat blog ini..
mungkin untuk sekadar bercerita atw berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan saya..
perjalanan hidup ini taklah begitu indah seperti yang selalu kita sangkakan...

Ade suatu ketika tu saya terbaca tentang kata2 ini...
"mnusia ini hidup seerti berlayar dilautan.. ade suatu ketika itu,kapal itu berhenti di sebuah pulau..
mnusia begitu gembira sekali berada di pulau itu..kemudian kapal itu mula hendak berlayar pulang..
ade manusia yang begitu patuh sekali dan bersedia untuk pulang dengan kapal itu..
ade manusia yang terpaksa membuat pilihan dan berbelah bagi untuk pulang.. dan ade juga yang
tidak mahu pulang langsung dan terleka dengan nikmat itu..
akhirnya berlayarlah kapal itu menuju ke destinasi yang seterusnya...
kata2 ini sebenarnya lebih ditujukan kepada kehidupan kite...
dimanakah kedudukan kite di dunia ini sebenarnya...????
adakah sudah cukup segala persiapan kte.. persediaan iman kite... adakah kite sudah cukup bersedia menghadap ALLAH HU RABBI???? adakah kita telah menunaikan janji kita kepada Allah setelah Allah meniupkan ruh ke dalam rahim ibu kite dan tika itu kita berjanji dengan Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini??
adakah kita telah menunaikannya??ke mana perginya janji kita kepada ALLAH akibat tersungkur dengan buaian dunia yang penuh penipuan ini??? tepuk dada,nilailah sendiri... anda lebih mengetahui siapa diri anda sendiri.. fikirkanlah..
wallahualam..

calitan diteruskan >>

  ©[Seruling Musafir] - ismisyafiqah.

Template by Dicas Blogger | Topo