>

Thursday, April 23, 2009

Satu Penerbangan Dan Suatu Perjalanan Yang Jauh


Bila bercakap dan berkata tentang nak raya dan bercuiti kita mesti akn merancang dan membuat satu perjalanan,terutamanya dan khasnya buat anak dagang yang merantau di negeri orang. Bagi yang tinggal di seberang sana pasti telah bersedia dengan tiket dan pas perjalanan, mungkin ada yang telah bersedia dengan sedikit ole2 untuk keluarga yang sedang menunggu pulangnya seorang perantau. Dalam sedar tak sedar kita sebenarnya berdepan dengan satu lagi perjalanan yang amat jauh dan amat sengsara kecuali insan yang telah bersedia dengan amal ibadat dan telah menempah rahmat ALLAH S.W.T sebelum dijemput oleh Izrail

Perjalanan dari alam dunia ke alam kubur dan seterusnya akhirat ianya ibarat penerbangan kesebuah negara lain atau destinasi yang jauh


Dimana maklumat tentangnya tidak terdapat dlam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith


Dimana penerbangannya bukannaya melalui Air Asia atau Air Jordan,tetapi Al-Jenazah


Dimana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, tetapi caj lebihan berat adalah atas kesudian Pencipta kita


Dimana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya, tetapi kain kapas putih

Dimana pewanginya bukan Channel atau Paco Rabane, tetapi air mawar dan cendana


Dimana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam


Dimana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan,tetapi selama-lamanya

Dimana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain2.

Dimana layanan di dalamnya bukan lg kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan


Dimana destinasi mendarat bukannya KLIA,Hearthrow Airport atau Jeddah International, tetapi Tanah Perkuburan


Dimana ruang mununggunya bukan lagi bilik air-cond dan red carpet,tetapi bilik 6 kaki gelap gelita

Dimana pegawai imegresen bukanlah pihak kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa sama ada kite layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London, tetapi sama ada SYURGA atau NERAKA...


Dimana tdk perlu ada pegawai kastam dan alat pengesan.


Dimana lapangan terbang transit adlah AL-BARZAKH.


Dimana destinasi terakhir sama ada SYURGA yang mengalir sungai di bawahnya atau NERAKA JAHANNAM....

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. ianya percuma,jadi savins anda tidak akan dihabiskan..

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang..


Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tidak perlu risaukan masalah alergi atau halal haram makanan..

Jangan risaukan delay. Penerbangan ini sentiasa tepat waktunya,ia berangkat dan tiba tepat pada masanya..

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka

..................... Jangan bimbang tentang tempahan.........................

Ianya telah ditempah sejak anda di dalam rahim ibu anda lagi..

Ada berita baik!!!

Jangan bimbangkan siapa yang bakal duduk di sebelah anda. Anda adalah satu2 nya penumpang penerbangan ini.. oleh itu, bergembiralah selagi boleh..

Hanya ingat.. PENERBANGAN INI DATANG TANPA AMARAN!!!

-NAMA ANDA TELAH DITEMPAH UNTUK PENERBANGAN INI-

ADAKAH ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT


SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI????????????

0 comments:

  ©[Seruling Musafir] - ismisyafiqah.

Template by Dicas Blogger | Topo