CINTA..
Jika seseorang sudah terbiasa mendengar yang batil dan menerimanya, ia akan menghijab dirinya daripada kebenaran. Hatinya dibiarkan angguk pada kesesatan. Akibatnya apabila kebenaran datang, dia akan menolaknya. Hatinya sudah tidak nampak lagi cahaya Allah. Sebagai balasan, Allah membiarkannya dalam kesesatan dengan tidak memancarkan hidayahNya ke dalam hati.
Kalau ada lintasan untuk berubah dari jiwa yang lalai kepada jiwa yang menyintai Allah, maka bersegeralah untuk melakukannya kerana itu adalah lintasan benar dari Allah. Lintasan yang berupa hidayah yang tidak akan datang selalu. Biasanya ia disertai dengan keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah akan menarik balik. Taufiq Allah bukan milik semua orang. Bukan milik orang yang tidak bersungguh-sungguh.
ADAKAH BERCINTA ATAU TERLALU MENGASIHI SESEORANG KERANA ALLAH ITU MELALAIKAN???
Dari pengalaman seseorang yang mendekatkan diri kepada Allah, setelah diuji jatuh hati, dia merasakan semakin jauh dari Allah, kerana asyik mengingati kekasih hatinya. Terasa bagai hati telah dikotori. Saban hari penuh dengan SMS dan panggilan, kemudian terjebak dengan pujuk rayu syaitan untuk mengatur pertemuan pula.
MENGAPA CINTA KERANA ALLAH PUN MELALAIKAN???
Cinta memang melalaikan. Cinta kerana Allah yang dikatakan itu hanyalah nama hiasan untuk menafikan kelalaian cinta. Ada orang berpendapat cinta kerana Allah itu adalah untuk berkahwin dan melahirkan zuriat yang dididik dengan cara hidup islam. Pandangan ini adalah SALAH. Sebenarnya ini adalah natijah daripada cinta kerana Allah.
Kadangkala manusia tersalah anggap cintanya kerana Allah padahal percintaaannya menyebabkan makhluk diagungkan daripada pencipta makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamat dah betul dan jelas tetapi jalannya tidak berlandaskan syarak.
Salah satu ciri cinta kerana Allah adalah pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang berlaku. Rasullullah ada bersabda bahawa ada dua perkara yang perlu disegerakan; jenazah-perlu segera dikebumikan dan gadis yang telah bertamu calon suami-hendaklah segera dinikahkan.
JATUH CINTA???
Perasaan itu adalah anugerah Allah tetapi kalau dirasakan melalaikan tentu ada salahnya dan Allah tidak meredhai. Sentiasalah berdia kepada Allah agar memelihara perasaan cinta itu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tidak menjauhkan diri daripada Rabbi.
KE'AIBAN CINTA???
~Saban hari menghantar SMS menelefon atau berbalas e-mail dan sebagainya.
~Dalam solah pun teringatkan si dia.
Rawatlah dengan mujahadah penuh rela dan takut dan cinta Allah. Yakinlah dengan Allah.
Naluri ingin disayangi dan menyayangi adalah ujian Allah yang diuji kepada setiap jiwa manusia.
BERCINTA TIDAK SALAH.. MEMUJA CINTA ITU YANG SALAH...
Cintalah berlandaskan landasan syarak. Sesungguhnya cinta sering melalaikan manusia dari mengingati Allah hinggakan kesempurnaan ibadah terganggu. Lebih parah lagi, kerana cintalah manusia mudah lupa batasan pergaulan yang telah Allah gariskan. Cinta juga membuka peluang baru kepada syaitan dan mengundang kemurkaan Allah.
SETIAP YANG MEMBAWA HARAM ADALAH HARAM..
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI..
DI MANA ANDA LETAKKAN KEUTAMAAN CINTA ITU????
~tidak beriman seseorang itu sehingga Allah dan Rasul dicintai lebih daripada cinta kepada ibu bapa, anak-anak, kaum kerabat dan sebagainya. Cari redha Allah dahulu..~
Allah jadikan cinta sebagai ujian melihat sejauh mana kita bersabar dengannya. Memang susah, tapi yng susah itulah satu imtihan Allah untuk nenguji tahap keimanan kita. Sabar pada setiap rangsangan nafsu. Perkara yang Allah haramkan hanya seketika, cuma dalam tempoh belum bersedia untuk berkahwin sahaja. Bila Allah izinkan dapat bersama nanti, tentu kemanisannya lebih terasa dan yang lebih penting diiringi dengan rahmat Allah.
~Di saat kau resah ingatlah pada RAJA segala cinta, PENCIPTA cinta~
~Sebenarnya orang yang engkau cintai telah menjadi seorang PEROMPAK. PEROMPAK ketenanganmu mencintai
ALLAH~
~Bukan prinsip wanita solehah gatal ingin mengenali lelaki, apatah lagi melalaikan lelaki dari cinta pencipta. Dan bukan juga prinsip lelaki soleh gatal ingin mengenali wanita, apatah lagi melalaikan wanita dari cinta pencipta.~
~ingin menyayangi dan disayangi adalah UJIAN ALLAH yang paling berat untuk hambanya yang bergelar remaja~
ENGKAU AKAN GAGAL DALAM HIDUPMU JIKA KAU CEMARI HATIMU DENGAN CINTA SELAIN ALLAH..
Andainya dua hati saling menyukai, simpanlah perasaan itu di suatu sudut hati. Bergantung haraplah hanya pada ALLAH, barulah kebanyakan pintu syaitan akan tertutup.
Sucinya cinta jika di jaga kerana tiada unsur kelalaian dari cinta Allah. Inilah sebenarnya cinta kerana ALLAH.
Semoga ALLAH menganugerahkan pula pasangan yang turut mencintai dan dicintaiNYA, seorang yang mampu membimbing kita yang lemah ini ke jalan yang diredhai ALLAH.
Kalaulah dia memang ditakdirkan Allah untuk menjadi pasangan anda, dia tetap akan menjadi milik anda.
Allah yang Maha Bijaksana tentu sudah mempunyai aturan yang terbaik untuk anda. Tak perlulah melafazkan ungkapan I LOVE YOU, SMS atau sebagainya. Semua itu mengganggu study, membazirkan waktu dan wang serta menukarkan fikiran yang baik kepada khayalan, menggelapkan hati, melalaikan solah dan menjauhkan kita daripada Allah.
Tutulah ruang-rueng fitnah, tutuplah ruang-ruang perkenalan supaya dirimu tidak menyumbang kelalaian orang lain dan kelalaian dirimu. Peliharalah hatimu kerana iman dan ilmu akan mudah menyelami hati yang bersih.
Allah mengatur dan merancang setiap pertemuan manusia hingga saling menyayangi. Tetapi sayang.. manusia sering lupa pada Allah malh lupa mensyukuri nikmat Allah. Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah. Itulah liciknya syaitan memperdaya. Tidakkah terbit rasa malu apabila seseorang mengaku yang cintanya hanya kerana Allah, sedangkan jalannya tidak berlandaskan syarak bukan di atas landasan iman, penuh dengan kelalaian dari mengingati ALLAH?? Inikah balasan kita kepada Allah yang telah mengatur dan menemukan kita dengannya?? Agungkanlah ALLAH yang sudi menyusun pertemuan kita dengannya. Pasrahlah harapan kepada ALLAH. Yakinlah dengan perancangan Allah.
JANGAN BIAR ADA KRISIS KENYATAAN PADA ALLAH....
Perasaan cinta hanya sebahagiaan kecil daripada kehidupan. Banyak lagi perkara lain yang perlu diutamakan.
Lagipun, tidak semestinya perasaan itu akan diredhai Allah kerana mungkin Allah telah menjanjikan seseorang yang lebih baik darinya.
YAKINLAH DENGAN KEBIJAKSANAAN PERANCANGAN ALLAH
UTAMAKANLAH KEREDHAAN ALLAH DALAM SETIAP TNDAK TANDUKMU..
Perasaan cinta kepada seseorang tidak menghalalkan kita untuk mengenepikan Allah dalam setiap tindakan..
Peliharalah cinta yang lahir dari hatimu, anugerah Allah agar kau pelihara supaya tidak dicemari dengan kelalaian dan bisikan syaitan. Tidak perlu memuja cinta kerana PENCIPTA cinta lebih baik untuk dicintai dan dipuja..
CINTA SEJATI TIDAK BERSULAMKAN KEMURKAAN ALLAH...
rujukan:khairol badriah jaafar

Post a Comment