>

Saturday, July 24, 2010

Hidup Hanya Sekali...

Wah.. lme sungguh sye tidak menjenguk blog ini… setelah lme ditinggalkan..
Bukan ape, ini disebabkan kesibukan sye di university dan juga keadaan internet yang teramat lembap di kampus memaksa sye malas meng’update’ blog ini..
Maafkanku wahai blog kesayangan…. Malam ini tiada apa yang ingin sye lakukan walaupun hakikatnya
Banyak benda yg perlu di buat… konon2 nya jadi malas pula mala mini….huhuhu…

Kebenaran..kdg2 amat terlalu pahit untuk di telan, dirasa dan disimpan untuk menjadi iktibar kepada diri sendiri.

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
AL-BAQARAH-42
“ dan janganlah kamu campur adukkan Yang benar itu Dengan Yang salah, dan kamu sembunyikan Yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.”

Tapi.. hakikatnya itulah yang berlaku.. perlu diingat juga, kebenaran itulah petunjuk segal-galanya dalam hidup kita,kebenaran tidak akan bercampur dengan kebatilan...arghhh..mule mengarut lagi nmpaknyer… hehe..
Nmpaknyer da masuk 2 tahun sye berada di upm ini. Sorotan perjalanan yang penuh berliku di sini. Penuh dengan ketawa, tangisan, irihati, ...



cemburu dan bermacam2 lagi ekspresi yang lain. Diselubungi dengan rakan-rakan yang sentiasa gembira ,menyembunyikan segala keresahan mahupun kesedihan dalam jiwa.. “ketawa dan gembira adalah ubat yang paling baik menyembunyikan luka dan lara”…sye pun tidak terkecuali dalam perkara ini..
Semakin menginjak usia, semakin sye rasa adakah hidup sye masih lama lagi di dunia ini??? Menimbang semula kepada apa yang berlaku akhir zaman ini membuatkn sye berfikir berkali2 adakah sudah cukup amalan, kebaikan yang sye lakukan..adakah segalagalanya akan diterima oleh Nya???

وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقًا ۙ قَالُوا هَـٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِن قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدون٥
AL-BAQARAH-25
“dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah Yang telah diberikan kepada Kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu Yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka Dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri Yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.”

Semoga sye juga tergolong dalam golongan merka yang menuju SYURGANYA…انشاء الله.....امين.
Sudah beberapa kali saye cuba mengubah diri ini.. tetapi..kenapa selalu saja gagal?? Mungkin kerana tidak cukup kuat untuk menghadapinya.. mungkinkah??? Tetapi apa yang penting adalah kembali kepada jalan yang lurus….tinggalkan segala perkara maksiat yang telah dilakukan…..bertaubatlah sementara ada kesedaran dan jangan biarkan diri sesar oleh ALLAH sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran….

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
AL-JATHIAH-43
“ Dengan Yang demikian, Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang Yang ingkar) tidak ingat dan insaf? “

hakikatnyer perubahan itu perlu ade kekuatan dari diri sendiri, diri kite yg menentukan apa yg bakal berlaku pd kite, sentiasalah mencari hidayah ALLAH, tidak mungkin kita dapat memalsukan sesuatu yg pasti jelas haramnyer perkara itu, syaitan laknatullah sentiasa mncari jalan menyesatkan anak2 ADAM...
وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ
AR-RA'DU-13
"Dan Dialah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dialah juga yang menghantarkan petir, lalu Dia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya), padahal Dia amat keras azab seksaNya."

calitan diteruskan >>

Open Interview....

Temuduga terbuka.. semua ambil perhatian...

Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.
KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (
khas untuk jawatan a):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).



KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat. Anda tidak
perlu bawa wang atau harta (yg banyak). Anda tidak perlu berparas rupa yg
cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal Iman
dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia
akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan
berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang
tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW: Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di
dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut)
orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat
itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika
beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya
diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan
amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan
diletakkan di hujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras
kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan
masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata
kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya:
dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua
hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan
masuk. Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya
kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(muhammad)
yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak
sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan
solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah
pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka
berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi
bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran
daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan
demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian
dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan
itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka
bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70
hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari
semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!
Wallahu-a'lam

calitan diteruskan >>

  ©[Seruling Musafir] - ismisyafiqah.

Template by Dicas Blogger | Topo