>

Thursday, January 27, 2011

Cinta Pertama

Assalamualaikum semua?? apa khabar iman? apa khabar jasad?? apa khabar ruhani?? sihatkah elemen2 ini?? hehe...pertama kali...mari kite ucapkan kesyukuran kerana dapat bernafas lg,berada di cnie, diberi ruang untuk beribadah kpdNYA...alhamdulillah...ALLAH masih lagi memberi kesempatan kpd kite....okey..hari ini..perkongsian saye adalah mengenai lagu CINTA PERTAMA.... Cinta yg mne harus kite dahulukan?? tentulah cinta kpd ALLAH dan Rasul,kmudian ibubapa akhir sekali manusia..

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(3:31)

calitan diteruskan >>

Tuesday, January 18, 2011

Fiqh al-Awlawiyat 2

Fiqh al-Awlawiyat Antara Suruhan dan Larangan Yang Saling Bertembung.
      Bagaimana pula sikap kita apabila berhadapan dengan satu keadaan yang bertembung antara suruhan dan larangan agama? Hadis berikut memberi jawapannya:

فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَاجْتَنِبُوهُ وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ.
        Apabila aku melarang kalian dari sesuatu maka jauhilah ia dan apabila aku menyuruh kalian dengan sesuatu urusan maka laksanakanlah sedaya upaya kamu. [Shahih al-Bukhari, hadis no: 7288]

Hadis di atas menggabungkan antara larangan dan suruhan, iaitu:
* Larangan: Jauhilah ia, sekali pun yang kecil atau sedikit darinya.
* Suruhan: Laksanakanlah ia sedaya mungkin, sekali pun yang kecil atau hanya sedikit darinya.

      Berdasarkan hadis ini dirumuskan kaedah Fiqh al-Awlawiyat bahawa apabila

calitan diteruskan >>

Fiqh al-Awlawiyat 1

Mutakhir ini jarang-jarang umat Islam dapat membuat satu keputusan, melakukan satu pekerjaan dan melaksanakan satu ibadah melainkan pasti dia berhadapan dengan dua atau lebih keadaan yang saling bertembung dari sudut hukum agama. Pertembungan mungkin berlaku antara yang halal dengan yang haram, antara yang halal dengan yang halal, antara yang haram dengan yang haram dan perkara halal yang hanya dapat diperolehi melalui cara yang haram.
Tidak ketinggalan, di kalangan umat Islam pasti ada yang bercita-cita gemilang demi agama dan manusia. Dalam rangka mencapai cita-cita tersebut, tentu saja dia perlu menyusun tindak-tanduknya mengikut tertib kepentingan (prioritize). Justeru apakah panduan yang sepatutnya dia jadikan pedoman untuk menyusun kepentingan tersebut?
Dua perenggan di atas menjadi Kata Pembuka bagi risalah saya ini berkenaan Fiqh al-Awlawiyat. Sebelum meneruskannya, izinkan saya menjelaskan latarbelakang istilah ini terlebih dahulu.

Latarbelakang Fiqh al-Awlawiyat.
      Istilah ini terdiri dari dua perkataan. Pertama ialah “Fiqh” yang bermaksud kefahaman. Lazimnya ia dikaitkan dengan hukum, maka dengan itu ia bermaksud kefahaman terhadap sesuatu hukum. Justeru apabila dikatakan “Fiqh Solat”, bererti subjek yang memberi kefahaman kepada hukum, hikmah dan objektif solat dalam suasana biasa dan tidak biasa. Ada pun kebiasaan silibus tempatan yang menekankan hafalan hukum-hukum berkaitan solat, ia tidak dapat disebut sebagai “Fiqh Solat” tetapi lebih kepada “Hafazan Solat”.

      Al-Awlawiyat berasal dari perkataan “Awla” yang bermaksud utama, unggul dan penting. Apabila dihubungkan menjadi Fiqh al-Awlawiyat, ia bermaksud kefahaman dalam membezakan hukum ke arah yang lebih utama, lebih unggul dan lebih penting. Secara ejaan, Fiqh al-Awlawiyat tidak wujud di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, akan tetapi secara maksud dan konsep, ia wujud secara jelas di dalam kedua-dua sumber mulia tersebut.

calitan diteruskan >>

Friday, January 14, 2011

Selingan Arabic

Assalamualaikum semua..apa khabar?? semoga kalian semua sentiasa dlm naunganNYA,mndapat petunjukNYA,mndapat hidayahNYA..amiinn...Alhamdulillah,diberi lg kesempitan untuk memberi sesuatu yg bley kite kongsikan bersama-sama.harap2 nya,wlupun sedikit moga terkesan dalam hati...


memandangkan saye skrg sdg mengambil bahasa arab sbg subjek elektif,jd assignment sye adalah mncri video/lagu translate to arabic..kat cnie..ade sedikit video yg saya 'google'..yg mungkin amat menarik...he2..(rsenyelah)..menyentuh qalb juga la..semoga anda mengambil input2 dan pengajaran dari video nie ea...biarkan hati anda menjadi 'مفتحة' dgn video ini dan jgnlah biarkan ia 'مربوطة' ...huhu....mari mncari REDHA ALLAH ye.

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(Al-Ankabut:69)



   

calitan diteruskan >>

Monday, January 03, 2011

Puisi Pendek


Apa yang kau cari dalam hidup ini,
Andai diri jauh dari Ilahi,
Nafsu merajai diri,
Sendiri belayar tanpa teguh berdiri.

Tersepit dalam kealpaan,
Dunia yang mencengkam,
Sinar akhirat  berlalu kelam,
Penghujung hidup tiada berkesudahan.

Raih kasih sayangNYA,
Rayu cintaNYA,
Rebut maghfirahNYA,
Pabila kau tidak tahu bila akan
bertemu denganNYA...

"Kamu tidak tinggal (di dunia) Melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)."(Al-Mu'minun:114)

~ kuliyah chemical spectroscopy..
menanti lecturer hadir...

calitan diteruskan >>

Saturday, January 01, 2011

Seorang Gadis

SEORANG GADIS
Gadis itu..
Dia termenung kembali..
Mendongak langit biru …
Burung bercicipan…
Jernih air mengalir…
Menikmati nikmat yang di beri Ilahi..
ALHAMDULILLAH…

Gadis itu…
Tidurnya tidak pernah sepi…
Di temani sujud pada ILAHI..
Berbekalkan pengharapan padaNYA..
Keampunan dariNYA sentiasa diharap..
Keterlanjuran masa silamnya ..
Tidak akan diulang sama sekali…
TAUBAT adalah penawar..
ALHAMDULILLAH…

Gadis itu..
Tekadnya tinggi…
Azamnya seluas lautan…
Usahanya segigih petani di sawah…
Biarlah  DIA yang menentukan…
TAKDIR hidupnya…
Kerna gadis itu mengerti…
DIA  tahu apa yang terbaik untuknya.…
ALHAMDULILLAH…

Usah gundah gelana..
Usah risau..
Usah kelam…
Gadis itu ada QURAN sebagai kompas hidup…
Gadis itu  ada ALLAH tempat mengadu..
حسبنا الله نعمل وكيل......

Bukit Badong..
Ruang tamu rumah yang damai..

calitan diteruskan >>

  ©[Seruling Musafir] - ismisyafiqah.

Template by Dicas Blogger | Topo