>

Sunday, May 31, 2009

Perubahan anda..



hidayah Allah sentiasa ada untuk hamba-hambanNya yang ingin berubah.. untuk melakukan perubahan itu, knalah sentiasa membuka pintu hati anda kepada jalan kebenaran.. manusia mesti mencari jalan ke arah hidayah itu..

jadi.. tunggu apa lagi.. selami dan dalami diri anda.. pilihlah jalan yang betul ke arah perkara yang benar.. tinggalkan yang batil dan jangan campur adukkan antara kedua-duanya...

calitan diteruskan >>

MUKMIN SEJATI

"Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah,ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang. Katakanlah:"taatilah Allah dan Rasulnya, jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir"
(Ali Imran:31-32)




Orang-orang yang mencintai Allah

# Redha dgn segala ketentuan Allah
-mereka sentiasa memurnikan tujuan(matlamat) dan perbuatannya.Melakukan perbuatan yang tidak dilarang syarak dan mengikut petunjuk Rasulullah SAW..seorang muslim hendaklah sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatannya dan sentiasa bersoal jawab dengan diri sendiri akan setiap perbuatan yang dilakukannya.

# Taat perintah ibu bapa
-sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa dan taat perintahnya selagi ia tidak bertentangan dengan perintah Allah.Rasulullah SAW bersabda bahawa iman seseorang mukmin plg sempurna adalah yang plg baik akhlaknya dan yang plg baik di dalam berbuat baik adlah kpd ibu bapa.

# Melakukan amalan ahli-ahli syurga
-Abu Ayub al-Ansari meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata:"Ya Rasulullah ceritakanlah kepadaku suatu perbuatan yang dapat memasukkan aku ke dalam Syurga"
Baginda menjawab:hendaklah kamu beribadah kpd Allah dan jgn mempersukutanNya dengan yang lain, mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, dan menyambungkan tali persaudaraan."

# Menjauhi larangan Allah
-hamba yg mencintai Allah sentiasa menjauhi laranganNya sama ada yang makruh atwpun yang haram.Seorang soleh berkata:"perbuatan makruh adalah batas akhir seorang hamba dan juga batas akhir haram, maka barang siapa yang byk melakukan makruh, bererti telah tergelincir kepada perbuatan haram."

hamba mukmin itu :

~tidak mencuri, berzina, dan tidak memakan harta org lain dgn cara yang batil.

~menutup mata terhadap perbuatan haram

~tidak menipu, menuduh secara dusta, berbuat kejahatan dan keji

~tidak angkuh dan mengejek sesama muslim

~tidak banyak tertawa

~tidak marah, benci ataw mengeluh

~tidak berbelit-belit dalam berbicara

itu semua adalah antara tanda-tanda org yang mencintai Allah.. tetapi.. banyak lagi sebenarnya.. InsyaAllah saya akan sambung semula pada masa hadapan...

calitan diteruskan >>

Friday, May 22, 2009

pengumuman..


salam...

pada 28 dan 29 mei ini.. sambestari akan mengadakan sambutan hari guru...

jadi kepada semua bekas pelajar sambestari anda semua di jemput menghadiri sekolah..

tp.. yang ini adalah jemputan yang tidak rasmi... hehe...

kedatangan anda dapat memeriahkan lagi majlis tersebut...

lagipun.. mungkin anda semua sudah lama tidak berjumpa dengan guru-guru anda.. jadi.. inilah masanya..

tetapi.. bagi mereka yang jauh tu(perantauan) mahupun yang ada hal-hal lain... anda dikecualikan...

tq...

calitan diteruskan >>

Thursday, May 21, 2009

suatu keinsafan...


~HIDUP SEPERTI RODA..KADANG KALA DI ATAS DAN KADANGKALA DI BAWAH~

pengalaman mematangkan hidup.. itulah yang saya pegang selama ini.. hidup ini mengajar saya begitu banyak benda.. nikmat yang diberikan oleh ALLAH sungguh banyak kepada kita.. setiap manusia tidak terlepas dari ditimpa dugaan dan ujian dariNYA..

ujian dan dugaan yang diberi membuatkan kita lebih tabah dan matang menghadapi hari-hari mendatang.. saya berteleku sebentar di meja ini... terkenang kembali ujian dan dugaan yang menimpa.. tiba-tiba airmata jatuh pada keyboard laptop nie.. entah mengapa hati ini sering terusik dengan kenangan lalu...

kenangan yang membawa saya kepada lebih menghampirkan diri kepada Rabbi.. di mana saya belajar sesuatu yang baru darinya.. YA ALLAH..kuatkanlah hati hambaMu ini.. berikan redha dan cintaMu kepadaku...kenangan itu sentiasa menghantui diri ini.. tp..argh.. mengapa air mata ini menitis lagi?? saya pun tidak tahu...sekali lagi hati ini memohon padaNya... TABAHKAN HATI HAMBAMU ini menghadapi setiap dugaan... ENGKAU sedang mengujiku...

sehingga ini saya terus berusaha mencapai yang terbaik dalam hidup ini... dimana.. KEREDHAAN ALLAH... lagi penting daripada redha manusia.. apa yang penting saya tahu apa yang saya lakukan... ini adalah ujian dariNya.. dahulu.. saya sudah mengalami detik-detik yang amat 'gemilang' dalam hidup... alhamdulillah... tetapi.. kegemilangan itu bukan selama-lamanya di dunia ini...

ada suatu masa.. saya begitu 'down sekali.. selama ini saya tidak pernah jatuh...
tapi.. ketika itu.. saya 'jatuh'...jatuh dengan kelukaan yang kritikal... sejak waktu itu,saya sedar..kita tidak akan selama-lamanya berada di atas...setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..'carilah hikmah dalam setiap apa yang berlaku,DIA mengetahui apa yang terbaik untuk kita..bermulalah perkataan kecewa menyelubungi diri... akhirnya...saya sedar.. saya begitu banyak melupakan DIA..LANTAS.. saya mengadu pada DIA... terasa begitu tenang dan dekat sekali.... saya luahkan segala-galanya pada DIA...

begitu syahdu dan tenang sekali masa tu... DIA telah menyedarkan saya...barulah kemudian saya bangkit dengan satu azam dan kekuatan yang baru... kenangan lalu menjadi lipatan sejarah dalam hidup saya... biarlah ia terkubur di tempatnya...
apa yang pasti... sekarang.. saya ingin mencapai REDHA ALLAH... dan semoga saya dapat beramal dan berbakti untuk keluarga dan AD-DIN...

-coretan hati-

calitan diteruskan >>

BERBLOG???



salam pertemuan kembali.. wah.. sekarang semakin ramai di kalangan rakan-rakan saya

yang memepunyai blog sendiri.. alhamdulillah,nampaknya setakat yang saya lihat isi

yang disampaikan dalam blog mereka mempunyai makna dan kandungan yang penuh hikmah..

ada juga yang melakar coretan hidup mereka di blog.. bagus juga.. sekurang-kurangnya

mereka ingin bercerita sesuatu dengan dunia.. apapun setiap dari mereka ade tujuan

masing-masing untuk membuat blog..

yang penting pastikan niat itu..

pastikan kita dapat berkongsi segala ilmu yang berguna dan bermanfaat..

ilmu yang dapat membawa kita ke landasan yang benar seterusnya ke arah dakwah

sesuai dengan peranan kita sebagai da'ie di muka bumi ALLAH ini..

itu saja dari saya setakat ini..

wallahualam..

calitan diteruskan >>

nice story..

ASSALAMUALAIKUM SRIKANDI KESAYANGANKU…
Sudah lama kita tidak bersua. Aku percaya engkau juga memiliki perasaan rindu yang mencengkam sepertiku. Namun aku tetap bersyukur kepada Allah yang kerana tidak menemukan kita. Ya, kalau aku menemuimu mungkin inilah peluang syaitan menyesatkanku dan membawaku jauh dari Allah. Walaupun begitu. Aku tetap menyayangimu, sayang…

Aku masih ingat pertemuan kita yang pertama dulu, bila mata kita bertentang, tubuh badanku rasa begetar. Engkau tahu mengapa? Kerana engkau amat cantik dengan pakaianmu yang cantik dan agak seksi. Perfume yang engkau pakai…pergh !!! Mengancam betul. Sebab tu. Aku tergamam sehingga badanku menggeletar…

Selepas tu, kita sama-sama pergi ke restoran KFC. Ingat tak lagi? Di sana. Aku belanja engkau makan. Sambil makan, kita borak-borak. Kita saling berkenalan dengan lebih rapat lagi. Lepas tu, kita jalan-jalan kat Taman Tasik…Masa tu bermula episod ‘cinta sejati’ kita. Engkau memegang tanganku. Seronoknya engkau buat begitu. Tak pernah sebelum ini seorang permpuan memegang tanganku. Aku pun apa lagi, menggenggam erat tanganmu. Hinggalah menjelang maghrib, baru kita pulang ke rumah masing-masing.

Malam tu aku tak boleh tidur. Ada sesuatu yang mengganggu perasaanku. Perasaan yang menyebabkan aku rasa bersalah. Aku cuba mengambil wudhu’ dan terus tidur. Dalam tidur itu aku mimpikan dirimu, sayang… Engkau datang dalam keadaan yang amat busuk dan pakaian kau kotor dengan darah dan nanah…aku bertanya ketika itu “Kenapa sayang…apa dah jadi pada sayang…” Engakau hanya tunduk diam dan menitiskan air mata…tiba-tiba engkau bersuara “Tolonglah sayang, abang…”

Aku terkejut dari lamunan mimpi itu lalu dengan tak semena aku ucap “Astaghfirullah…apa yang perlu aku tolong insan yang aku sayangi ni?...”

Seminggu selepas itu, engkau menelefonku. Engkau nak jumpa aku diluar. Rindu katamu…Aku pun terus bersiap-siap dan keluar dari rumah. Sebelum sampai di tempat yang dijanjikan. Aku sempat membeli sesuatu kepada sayang…Setelah sampai di tempat yang dijanjikan, engkau terus menerpa kearahku hendak memelukku, tetapi aku sengaja mengelak dengan berkata aku hendak ke tandas…

Bila aku kembali, engkau sudah siap menungguku di sebuah kerusi panjang. Aku duduk jauh darimu. Aku masih ingat apa yang kita borakkan hari tu…

“Abang ni…Kenapa duduk jauh dari sayang. Dah tak sayang kat sayang ke?”
“Sayang, abang bukan tak sayang kat sayang, Cuma abang bimbang, nanti kita tak dapat duduk dekat-dekat dalam syurga nanti..”

Engkau tunduk. Aku rasa engkau tunduk tanda mengerti apa yang aku maksudkan..

“Abang, bolehkah sayang pegang dan kucup tangan abang sebagai tanda setianya sayang pada abang?”

“Sayang, andainya sayang ingin setia pada abang, tangan ini kita gunakan untuk membantu satu sama lain di yaumul mahsyar ye, sayang!”

Engkau tak jadi memegang dan mengucup tanganku. Alhamdulillah…

“Abang nak tau, semalam sayang pergi set rambut kat kedai sebab nak jumpa abang hari ni. Abang nak tengok? Sayang tunjukkan kat abang ye”

“Sayang, jangan buka tudung sayang tu. Abang takut nanti rambut sayang yang cantik tu dibakar dek api neraka.rugi saja sayang setting rambut tu.”

Engkau batalkan niatmu itu walaupun wajahmu nampak sedikit kecewa.

“Abang dah seminggu kita tak jumpa kan? Sayang rindu sangat kat abang,tau!”

“Abang pun rindukan sayang. Sebab tu abang belikan hadiah ni untuk sayang.”

Engkau ambil dan buka buka bungkusan itu. Wajah kau nampak tenang ketika itu.dalam bungkusan tu aku letakkah sehelai tudung labuh, seutas tasbih dan senaskah Al-Quran. Engkau masih menyimpannya ke,sayang. Aku berharap engkau lebih merindui Allah daripada engkau merinduiku…Selepas tu aku menceritakan mimpiku kepadamu. Fahamlah engkau mengapa aku berbuat begitu kepadamu.

Hingga hari ini kita tidak berjumpa selepas kejadian itu, Namun cinta kita tetap bersemi dan subur bersama kewangian keredhaan Allah…Aku dan engkau akan bertemu juga suatu hari nanti bila kita sama-sama bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Sayang. Aku mahu berkongsi hidup di syurga bersamamu.

Ya Allah, ampunilah kami berdua dan satukanlah kami sebagai suami isteri dengan keredhaanmu. Satukanlah kami juga di dalam jannahmu. Janganlah engkau pisahkan salah seorang dari kami atau kedua-dua kami ke dalam nerakamu yang amat perit dan pedih. Semoga Engkau ya Allah mengizinkan kami bersama selamanya di dunia dan akhirat…

copyright..hanan.com

calitan diteruskan >>

cinta kita..

"Enti menangis..?"
"Untuk apa ana menangis, bukankah enta selalu pesan, jangan menangis kerana manusia."
"Habis, mata enti berair?"
"Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair."
Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan 'masuk habuk' yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.
"Ana tahu enti menangis.."
"Tidak…!! Tak faham-faham ke?!" Dia tiba-tiba membentak.
"Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama.." "Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap enta tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…"
"Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?"
"Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah.."
"Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?" Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.
"Enta punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum.." Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?

…………………………………………

"Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!" Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya. "Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?" Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.
"Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?" Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap 'hangat' pada malam ini.
"Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai'ah? Bezanya, bai'ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!"
"Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?"
"Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu." "Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz." Dia menamatkan 'soalannya' lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.

………………………………………

"Kau kenal dia Abdullah?" Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.
"Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!" Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.
"Jawab soalan aku dulu.."
"Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…" Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.




"Jawab soalan aku dulu.." Aku memohon untuk kali kedua.
"Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan 'kalah' dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!"
"Jawab soalan aku dulu.." Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.
"Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "
"Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan."
"Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka.." Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.
"Lagi.. negatifnya?"
"Negatifnya.. banyak.." Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,
"Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu."
"Apa dia..? Negatifkah?"
"Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi."
"Gerakan militankah?"
"Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat 'hazar' yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!"
"Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?"
"Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!"
"Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?" Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.
"Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai'ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!"

…………………………………………

Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?
"Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?"
"Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.
"Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya." Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.
"Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya' ana sudah mempunyai 'ikatan' di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti." Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.
"Ustaz tidak main-mainkan ana?"
"Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain."
"Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana.." Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi 'perisik'ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.

…………………………………………

Sudah lima bulan aku di bumi ambiya', suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya' ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..
"Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar.." dan dia akan terus menyambung, "Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut.."
Dan biasanya aku akan 'cemburu' dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber Café yang menjadi rumah 'kedua'ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku, "SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV' Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : "you have 1 unread message' namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan. "Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. 'Dia' yang kau amanahkan padaku untuk 'tengok-tengok' telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah 'dia', tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!" Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,
"Akhi, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!"
Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!


The End~ Wassalam~

copyright..iluvislam.com

calitan diteruskan >>

Tuesday, May 19, 2009

manusia ini..

Saya selalu tercari-cari apa makna dan erti kehidupan ini sampai lah sekarang. Walaupun umur hampir menginjak 20 tahun, tetapi saya masih tidak mencapai apa tujuan yang sebenar-benarnya dalam hidup saya ini. Secara umumnya telah kita ketahui bahawa kita(manusia) adalah khalifah di muka bumi Allah ini. Seperti dalam firmannya:

~ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat :” Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi” Mereka berkata: ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.
(Al-Baqarah:30)

Bila direnungkan kembali perkataan KHALIFAH itu, mungkin senang saya katakan perkataan itu adalah sesuatu yang familiar pada kita bukan?? Tetapi.. kekadang benda yang familiar dan selalu kita lafazkan itulah yang menyebabkan kita tersimpang dari jalan yang betul dalam merealisasikan ‘KHALIFAH’ itu dalam diri kita. Saya pun bukannya sebaik atau sesempurna akhlak seperti Siti Khadijah mahupun Sayyidatina ‘Aisyah ataupunpun Rabiatul Adawiyah, tetapi saya masih terus mencuba untuk meneladani sifat-sifat yang indah perhiasan serikandi-serikandi Islam ini.

Hakikatnya tidak ramai yang dapat melunaskan dirinya menjadi KHALIFAH di muka bumi ini. Godaan dunia dan penipuannya telah meragut hati manusia untuk lebih dekat pada Rabbi dan menjadi hamba yang RABBANI.

MANUSIA MAKHLUK YANG SEMPURNA

Manusia adalah sebaik-baik makhluk yang Allah ciptakan di dunia ini. Allah juga telah memerintahkan malaikat untuk sujud serta memuliakan manusia dari makhluk Allah yang lain. Alangkah hebatnya manusia dengan pelbagai kemampuan akal yang mana mampu menjadikannya makrifat kepada manusia itu sendiri.

Allah juga telah meniupkan ruh ke dalam diri manusia. Dia telah menempatkan manusia di dalam bumi yang telah disediakan khas untuk hamba-hambanya supaya dapat beramal kepadaNya. Manusia juga telah diciptakan daripada unsure tanah

~ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: sesungguhnya Aku menciptakan manusia dari tanah
(Shad:71-72)

Dalam diri manusia terdiri daripada ruh dan jasad. Kedua-dua unsur ini saling berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Jasad sentiasa berada dekat dengan bumi. Manakala ruh pula sentiasa berada dekat dengan langit dan setiap kali ruh itu semakin dekat dengan bumi, ia semakin jauh dengan langit sehingga kadang-kadang ruh ini ada yang tersangkut dan terus melekat di bumi. Tetapi ada juga ruh yang semakin hari semakin jauh ikatan dan simpulannya dengan bumi dan naik ke langit hinggakan hubungannya dengan penciptanya semakin kuat. Alangkah untungnya mereka yang dapat mencapai darjat ini. Di manakah kedudukan kita?? Tepuk dada, tanyalah iman…

HATI

Ada kalanya hati kita tertarik kepada bumi dan perhiasannya, namun dalam waktu yang sama, di dalamnya ada hubungan kita dengan Allah. Tetapi, dalam keadaan itu, hubungan kita dengan Allah berada dalam lingkup dan ruangan yang sempit dan terbatas. Sehinggakan pemiliknya tidak dapat berhubungan dengan Allah, melainkan jika dia membebaskan hatinya dari kekangan hawa nafsu dan cinta dunia.

Allah menjadikan hati sebagai raja bagi seluruh anggota badan. Hati juga merupakan tempat di mana di situlah segala keputusan diputuskan dan anggota badan yang lain hanyalah menunaikan perintahnya.
Nu’man bin Basyir meriwayatkan Rasulullah saw bersabda,ingatlah, sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal darah. Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh. Ingatlah, sesungguhnya ia adalah hati.
(HR Bukhari-Muslim)

NAFSU DAN AKAL

Di antara tentera hati adalah akal. Salah satu tugas akal yang amat penting adalah menjadi tempat menyimpan ilmu dan sebagai alat untuk berfikir. Nafsu pula merupakan ejen yang selalu menguasai manusia dan mendorong manusia melakukan semua keinginan manusia. Nafsu selalu ingin memainkan watak penting dalam diri setiap manusia. Oleh sebab itu, nafsu akan sentiasa berusaha untuk menundukkan hati dan mengawal akal. Dalam keadaan ini syaitan berada di belakang nafsu dan menghiasi segala perbuatan yang dapat memenuhi nafsu hinggakan manusia it terus tewas dan tersungkur.

Allah menciptakan nafsu dengan sifat yang begitu adalah sebagai ujian kepada manusia. Sejauh mana kesungguhan manusia dalam menghambakan diri kepadaNya. Allah juga ingin kita supaya sentiasa ‘memenangkan’ Allah dan mengalahkan nafsu kita serta menundukkan perasaan kita hanya kepada Allah. Oleh itu, taatilah perintah Allah walaupun ia amat bertentangan dengan nafsu kita. Seperti kata Abdul Qadir al-Jailani

~seorang hamba berada di antara Allah dan nafsunya. Jika dia membela nafsunya, dia menjadi hambanya,sedangkan jika dia membela Allah maka dia menjadi hambaNya. Dengan itu, nafsu merupakan medan pertempuran, namun seandainya tiada nafsu kita bagaikan malaikat.

Senua keputusan yang muncul daripada hati pasti menunjukkan pembelaan terhadap cinta dan iman kepada Allah. Peperangan antara penyeru iman dan penyeru hawa nafsu mestilah diakhiri dengan kemenangan antara salah satunya setelah hati menetapkan keputusan. Jika iman menang seluruh anggota badan akan tunduk kepada perintahnya dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan kemungkaran. Akan tetapi jika nafsu yang menang, ia memerintahkan anggota tubuh melakukan perbuatan yang bertentangan dengan perintahNya lantas membawa manusia itu ke jalan yang gelap dan jauh dari redha Allah

Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah saw bersabda: Tidaklah seseorang itu berzina sedangkan saat itu dia beriman, tidaklah seseorang itu mencuri sedangkan saat itu dia beriman, tidaklah seseorang itu minum khamar sedangkan saat itu dia beriman dan tidaklah seseorang itu membunuh sedangkan saat itu dia beriman.
(HR Bukhari dan Ahmad)


RUJUKAN-MENJADI HAMBA RABBANI,DR MAJDI HILALI

calitan diteruskan >>

Saturday, May 02, 2009

PEMERGIANMU.. penghayatannya...

(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan


Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa


Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat


Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu


Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba


Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya


Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu..




Sungguh indah lirik lagu ini.. pemergianmu... Mu itu sudah tentu merujuk kepada Rasulullah S.A.W. Apabila direnungkan kembali bait-bait kata dalm lagu ini hati saya menjadi sayu dan terusik.. Tersentuh pun ada juga..



Mulianya insan yang bergelar nabi ini.. MUHAMMAD BIN ABDULLAH.. tiba-tiba saya terfikir tentang persoalan ini.." aku mengaku cinta kepada Rasulullah, tetapi.. apa yang telah aku lakukan untuk baginda.. aku mengaku cinta kepada Rasulullah, tetapi adakah aku sudah cukup mengambil contoh teladan daripada sifat-sifat baginda yang mulia itu?? aku mengaku cinta kepada Rasulullah.. tetapi betapa banyak kemungkaran dan maksiat yang telah aku lakukan selama hidup di dunia ini??.. Ternyata saya velum lagi mengenali Baginda sedalam-dalamnya. Bagaimana kita boleh mengaku cinta dan sayang kepada Rasulullah S.A.W sedangkan segala sunnahnya tidak dapat kita ikuti dan amalkan.. hanya bibir saja manis mengucapkan rindu dan cinta kepada Baginda sedangkan hati tidak seiring dengan lafazan dari bibir..

Perintah yang diterima Baginda datangnya daripada ALLAH SUBHANAHU WATAA'LA.. Tetapi kita pun kadang-kadang tidak melaksanakan perintah Allah itu dengan sesempurnanya..(peringatan untuk saya juga yang sering lalai dan leka).. Apabila di 'scan' diri ini... terasa memang begitu jahilnya dan banyak sangat dosa yang dilakukan..
Terutama sekali apabila pengakuan dan penyaksian kita.. akan cintanya kita kepada Rasulullah S.A.W..

-aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah.. dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah-

Bagaimana pula dengan anda?? adakah anda sudah cukup mengenali Rasulullah S.A.W?? jika jawapan anda ya.. alhamdulillah.. teruskan mengamalkan segala sunnahnya dan contohi keperibadiannya.. jika jawapan anda tidak..
marilah kita semua bangkit dan berusaha untuk menyoroti sejarah hidup dan perjuangan Rasulullah S.A.W...

-RASULULLAH IKUTAN SEPANJANG ZAMAN.....-

wallahua'lam.. jumpa lagi...

calitan diteruskan >>

nikmat..


Hm.. bile disebut je perkataan matrikulasi...pelbagai respon yang diterima.. ade yang memberi reaksi positif dan ada juga yang memberi reaksi negatif.. tapi, saya lebih banyak mendengar yang negatif daripada positif. Pelajar sekarang menjadikan matrikulasi sebagai pilihan terakhir setelah tidak mendapat tawarn belajar di tempat yang diinginkan.

Ada juga yang meneruskan pelajaran di peringkat diploma dan etc... etc... Walau di mana pun kita belajar pastikan niatnya satu.. iaitu mencari keredhaan Allah... Pernah satu hari saya bertanya kepada naqibah saya... Bagaimana pula dengan mereka yang ber'couple'(berpasanganlah bahasa mudahnya) memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia ini??? jawab naqibah saya ringkas sajer.. begini...

-sebelum berbicara mengenai persoalan itu, mari kita telusuri makna kejayaan yang sebenarnya, kejayaan itu adalah nikmat ALLAH ke atas hamba-hambanya yang telah berkorban untuk memperoleh sesuatu yang tidak bercampur walau sedikitpun pengikutan hawa nafsu, yang ianya bersama-sama dengan keberkatan ALLAH.. apabila seseorang hamba tidak melakukan dosa dan kemaksiatan dalam usahanya mencari kejayaan, maka nikmat kecermelangan yang diperoleh itu adalah sebenar-benar kejayaan.. kejayaan itu bukan sahaja dirasai di dunia malah disimpan untuk akhirat.. segala kejayaan yang diperolehi di dunia tanpa keberkatan ALLAH maka ia adalah ISTIDRAJ.. iaitu kemurkaan ALLAH ke atas seseorang untuk menambahkan kesesatannya dan menjauhkan dirinya dari rahmat ALLAH..dia melakukan ketaa'tan dalam kemaksiatan...-

Begitulah jawapan yang diberikan oleh naqibah saya.. amat memberi kesan kata-katanya.. saya pun berfikir kembali akan kata-katanya.. memang benar apa yang dikatakannya.. penilaian manusia kepada manusia yang lain di dunia ini adlah berasaskan kepada pencapaian akademik yang cemerlang, harta, pangkat dan seumpamanya.. Memang itulah fitrah manusia.. penilaian berdasarkan mata kasar sahaja.. tetapi.. di sini mana yang utama??? penilaian ALLAH ataupun manusia?? sudah tentulah ALLLAH bukan?? di sini saya ingin katakan bahawa bukan anda semua tidak dianjurkan mengejar segala kenikmatan dunia.. tapi.. berwaspadalah dan sentiasalah beringat akan nikmat yang ALLAH berikan kepada kita.. nikmat juga sebenarnya adalah ujian ALLAH kepada hambanNYA...

Semakin kita banyak bersyukur atas nikmat Allah, Allah akan menambahkan nikmat kepada kita..tidak kira lah betapa banyak ataupun sikit apa yang kita perolehi di dunia ini.. amalkan lah sikap sentiasa bersyukur.. ingatlah.. bahawa DIA sentiasa bersama kita tidak kira apa yang berlaku kepada kita... pernah suatu hari seorang rakan saya mengeluh kepada saya bahawa dia telah banyak berusaha tetapi masih lagi belum dapat kejayaan sejak dari dulu lagi.. saya pun terkedu seketika dan tidak tahu hendak menjawab apa.. kemudian saya memujuk rakan saya itu.. tp.. saya masih tidak berpuas hati lagi.. (rasanya pujukan tu tak membantu pun).. akhirnya malam itu, saya berbincang dengan bekas naqibah saya semasa sekolah menengah dulu(kak alya)..

-sebenarnya Allah nak menguji kamu di dunia ini, sejauh mane kamu bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya kepada kamu.. mungkin DIA menangguhkan kejayaan kamu di dunia kerana DIA telah menjanjikan kejayaan yang gemilang di akhirat nanti.. mungkin di akhirat nanti tiba2 kamu mendapat nikmat yang banyak...apa yang penting sekarang teruskan usaha kamu dan jangan berputus asa dari rahmat Allah..-

Begitulah antara nasihat yang di berikan kepada saya.. Malam itu juga saya menelefon kawan saya tadi dan menyampaikan kembali apa yang dinasihatkan naqibah saya tadi kepada kawan saya. Akhirnya rakan saya dapat menerima apa yang berlaku pada dirinya.. Alhamdulillah saya dapat membantu rakan sesama Islam saya.. Nasihat itulah yang saya pegang setiap kali saya merasa 'down' apabila mendapat result yang saya kira agak tidak memuaskan hati.. Tapi kasih sayang Allah itu sentiasa ada bersama hamba-hambanya.. Bila kita tidak dapat apa yang kita impikan Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lagi baik dari itu..


Nampaknya itu sahaja dari saya.. sekadar coretan yang tidak seberapa ini.. cukuplah jika dapat di ambil manfaat bersama... wallahua'lam..

p/s: terima kasih kepada kak alya mohd nor dan syafiyah kerana sudi memberi saya nasihat berguna ini.. syukran jazilan...

calitan diteruskan >>

Friday, May 01, 2009

LUPA???? LIHAT SINI...

LUPA??? BAGAIMANA MENGATASI…..


Kalau orang tua mungkin lah perkara ini adalah biasa.. Kemudian kita akan kata dia mengalami nyanyuk.. Tetapi bagaimana pula kalau orang muda?? Sudah lah muda lagi segar dan sihat sudah menjadi pelupa… Mungkin ada sesuatu yang tidak kena.. Nerve-nerve yang menghubungkan ke hyphothalamus tidak sampai ke destinasi.. hurmmm… Boleh dipertimbangkan jugak kot.. hehe.. Tetapi kalu selalu mengalami masalah ini dan kita ignore saja benda ini boleh menyebabkan daya ingatan jadi mundur..

Menurut Prof.Denise Park,Pengarah Center for Ageing and Cognition, Michigan University, Amerika Syarikat, lupa pada usia muda dikategorikan lupa yang lumrah( benign forgetfulness). Namun jika terus bersikap cuai terhadap lupa boleh menyebabkan kemunduran daya ingatan. Orang muda umumnya cenderung bersikap mengabaikan ‘HILANGNYA’ sebahagian daya ingatan, sedangkan jika dibiarkan boleh menyamai tahap orang berusia 60-70 tahun.

Secara fisiologi, menurutnya fungsi otak yang membabitkan daya ingat dan kecerdasan dasar ada kaitan dengan fungsi otak kanan. Apabila usia bertambah, laju penurunan fungsi otak kanan biasanya kurang digunakan.

Bagaimana untuk mengaktifkan otak kanan agar kita tidak termasuk dalam penderita penyakit lupa??/

Hidu aroma tertentu
- Saraf pusat pengingat dan saraf pusat pembau terletak berturutan di dalam otak. Menghafal dengan disertai aroma dikatakan boleh memudahkan kita menggali kembali ingatan ketika kita mencium aroma yang sama.

Latihlah daya hayal
- Pejam mata, bayangkan sebuah botol, turunkan botol tersebut, kemudian naikkan.
- Bayangkan botol itu membesar sebesar yang kita inginkan kemudian bayangkan botol tersebut menyusut mengecil dan jadi semakin kecil. Kemudian warnakan botol itu, bayangkan warnanya berubah-ubah mengikut warna kesukaan. Lakukan visual ini secara perlahan-perlahan, sesuai kemampuan. Dengan memiliki kemampuan visualisasi dalam fikiran , kita boleh menghidupkan daya khayal yang memudahkan kita berlatih mengingati sesuatu.

Rajin membaca
- Jangan batasi buku, majalah atau tabloid yang kita minati sahaja. Cubalah buku yang sama sekali belum kita kuasai. Lakukan ‘reaksi’ kreatif ini dengan ghairah seperti anak-anak yang baru masuk saja masuk sekolah kerana latihan ini dapat mengasah daya ingatan.

Main silang kata
-Kegiatan ini boleh merangsang fungsi otak kanan, mengaktifkan kemampuan konsentrasi, perhatian, orientasi, dan imaginasi. Mainlah catur, puzzle, monopoli dan permainan tradisional seperti congkak.

Buat system pengingat untuk diri sendiri
- Caranya : tuliskan setiap hal penting, lakukan hal-hal rutin seperti simpan barang yang di tempat yang sama, dan berlatih secara berulang-ulang, seperti setiap kali berkenalan dengan seseorang, sebut namanya beberapa kali dalam percakapan.

Mendengar lebih aktif
-Berlatihlah mendengar lebih aktif dan jangan hanya menerima maklumat begitu saja, sebaliknya berinteraksi dengan pemberi maklumat dan cuba menganalisis isi yang disampaikan.
Lakukan ‘senaman otak’ (brain gym)
-Gerakan gym umumnya berupa gerakan bersilang. Merangkak (yang dilakukan bayi sebelum mereka berjalan) adalah contoh sederhana gerakan untuk mengaktifkan daya hantar maklumat antara sel-sel saraf, sehingga memperbaiki mekanisma hubungan antara otak kanan dan kiri.

Kegiatan kesenian
- Menari, menyanyi, melukis, main muzik juga diskusi berkumpulan boleh menyegarkan daya ingatan kerana ia mampu mengaktifkan fungsi otak kanan.

calitan diteruskan >>

  ©[Seruling Musafir] - ismisyafiqah.

Template by Dicas Blogger | Topo