>

Saturday, May 02, 2009

nikmat..


Hm.. bile disebut je perkataan matrikulasi...pelbagai respon yang diterima.. ade yang memberi reaksi positif dan ada juga yang memberi reaksi negatif.. tapi, saya lebih banyak mendengar yang negatif daripada positif. Pelajar sekarang menjadikan matrikulasi sebagai pilihan terakhir setelah tidak mendapat tawarn belajar di tempat yang diinginkan.

Ada juga yang meneruskan pelajaran di peringkat diploma dan etc... etc... Walau di mana pun kita belajar pastikan niatnya satu.. iaitu mencari keredhaan Allah... Pernah satu hari saya bertanya kepada naqibah saya... Bagaimana pula dengan mereka yang ber'couple'(berpasanganlah bahasa mudahnya) memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia ini??? jawab naqibah saya ringkas sajer.. begini...

-sebelum berbicara mengenai persoalan itu, mari kita telusuri makna kejayaan yang sebenarnya, kejayaan itu adalah nikmat ALLAH ke atas hamba-hambanya yang telah berkorban untuk memperoleh sesuatu yang tidak bercampur walau sedikitpun pengikutan hawa nafsu, yang ianya bersama-sama dengan keberkatan ALLAH.. apabila seseorang hamba tidak melakukan dosa dan kemaksiatan dalam usahanya mencari kejayaan, maka nikmat kecermelangan yang diperoleh itu adalah sebenar-benar kejayaan.. kejayaan itu bukan sahaja dirasai di dunia malah disimpan untuk akhirat.. segala kejayaan yang diperolehi di dunia tanpa keberkatan ALLAH maka ia adalah ISTIDRAJ.. iaitu kemurkaan ALLAH ke atas seseorang untuk menambahkan kesesatannya dan menjauhkan dirinya dari rahmat ALLAH..dia melakukan ketaa'tan dalam kemaksiatan...-

Begitulah jawapan yang diberikan oleh naqibah saya.. amat memberi kesan kata-katanya.. saya pun berfikir kembali akan kata-katanya.. memang benar apa yang dikatakannya.. penilaian manusia kepada manusia yang lain di dunia ini adlah berasaskan kepada pencapaian akademik yang cemerlang, harta, pangkat dan seumpamanya.. Memang itulah fitrah manusia.. penilaian berdasarkan mata kasar sahaja.. tetapi.. di sini mana yang utama??? penilaian ALLAH ataupun manusia?? sudah tentulah ALLLAH bukan?? di sini saya ingin katakan bahawa bukan anda semua tidak dianjurkan mengejar segala kenikmatan dunia.. tapi.. berwaspadalah dan sentiasalah beringat akan nikmat yang ALLAH berikan kepada kita.. nikmat juga sebenarnya adalah ujian ALLAH kepada hambanNYA...

Semakin kita banyak bersyukur atas nikmat Allah, Allah akan menambahkan nikmat kepada kita..tidak kira lah betapa banyak ataupun sikit apa yang kita perolehi di dunia ini.. amalkan lah sikap sentiasa bersyukur.. ingatlah.. bahawa DIA sentiasa bersama kita tidak kira apa yang berlaku kepada kita... pernah suatu hari seorang rakan saya mengeluh kepada saya bahawa dia telah banyak berusaha tetapi masih lagi belum dapat kejayaan sejak dari dulu lagi.. saya pun terkedu seketika dan tidak tahu hendak menjawab apa.. kemudian saya memujuk rakan saya itu.. tp.. saya masih tidak berpuas hati lagi.. (rasanya pujukan tu tak membantu pun).. akhirnya malam itu, saya berbincang dengan bekas naqibah saya semasa sekolah menengah dulu(kak alya)..

-sebenarnya Allah nak menguji kamu di dunia ini, sejauh mane kamu bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya kepada kamu.. mungkin DIA menangguhkan kejayaan kamu di dunia kerana DIA telah menjanjikan kejayaan yang gemilang di akhirat nanti.. mungkin di akhirat nanti tiba2 kamu mendapat nikmat yang banyak...apa yang penting sekarang teruskan usaha kamu dan jangan berputus asa dari rahmat Allah..-

Begitulah antara nasihat yang di berikan kepada saya.. Malam itu juga saya menelefon kawan saya tadi dan menyampaikan kembali apa yang dinasihatkan naqibah saya tadi kepada kawan saya. Akhirnya rakan saya dapat menerima apa yang berlaku pada dirinya.. Alhamdulillah saya dapat membantu rakan sesama Islam saya.. Nasihat itulah yang saya pegang setiap kali saya merasa 'down' apabila mendapat result yang saya kira agak tidak memuaskan hati.. Tapi kasih sayang Allah itu sentiasa ada bersama hamba-hambanya.. Bila kita tidak dapat apa yang kita impikan Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lagi baik dari itu..


Nampaknya itu sahaja dari saya.. sekadar coretan yang tidak seberapa ini.. cukuplah jika dapat di ambil manfaat bersama... wallahua'lam..

p/s: terima kasih kepada kak alya mohd nor dan syafiyah kerana sudi memberi saya nasihat berguna ini.. syukran jazilan...

2 comments:

nik uqbah said...

er, ingatkan nak cakap tentang matrik tadi... hehe.

ye. betul tu. terima kasih kerana berkongsi...^_^

Unknown said...

hehe.. mule2 mmg nak citer experience kat matrik.. pastu melalut benda lain lak.. maaf la ea..hehe..

  ©[Seruling Musafir] - ismisyafiqah.

Template by Dicas Blogger | Topo