MUKMIN SEJATI
"Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah,ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang. Katakanlah:"taatilah Allah dan Rasulnya, jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir"
(Ali Imran:31-32)
Orang-orang yang mencintai Allah
# Redha dgn segala ketentuan Allah
-mereka sentiasa memurnikan tujuan(matlamat) dan perbuatannya.Melakukan perbuatan yang tidak dilarang syarak dan mengikut petunjuk Rasulullah SAW..seorang muslim hendaklah sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatannya dan sentiasa bersoal jawab dengan diri sendiri akan setiap perbuatan yang dilakukannya.
# Taat perintah ibu bapa
-sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa dan taat perintahnya selagi ia tidak bertentangan dengan perintah Allah.Rasulullah SAW bersabda bahawa iman seseorang mukmin plg sempurna adalah yang plg baik akhlaknya dan yang plg baik di dalam berbuat baik adlah kpd ibu bapa.
# Melakukan amalan ahli-ahli syurga
-Abu Ayub al-Ansari meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata:"Ya Rasulullah ceritakanlah kepadaku suatu perbuatan yang dapat memasukkan aku ke dalam Syurga"
Baginda menjawab:hendaklah kamu beribadah kpd Allah dan jgn mempersukutanNya dengan yang lain, mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, dan menyambungkan tali persaudaraan."
# Menjauhi larangan Allah
-hamba yg mencintai Allah sentiasa menjauhi laranganNya sama ada yang makruh atwpun yang haram.Seorang soleh berkata:"perbuatan makruh adalah batas akhir seorang hamba dan juga batas akhir haram, maka barang siapa yang byk melakukan makruh, bererti telah tergelincir kepada perbuatan haram."
hamba mukmin itu :
~tidak mencuri, berzina, dan tidak memakan harta org lain dgn cara yang batil.
~menutup mata terhadap perbuatan haram
~tidak menipu, menuduh secara dusta, berbuat kejahatan dan keji
~tidak angkuh dan mengejek sesama muslim
~tidak banyak tertawa
~tidak marah, benci ataw mengeluh
~tidak berbelit-belit dalam berbicara
itu semua adalah antara tanda-tanda org yang mencintai Allah.. tetapi.. banyak lagi sebenarnya.. InsyaAllah saya akan sambung semula pada masa hadapan...
Post a Comment