PUTERI IDAMANKU
pUTERI idamnku adalah seorang wanita yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kapada ALLAH S.W.T,
Yang dijiwanya penuh dengan penghayatan terhadap islam,
Yang sentiasa dahagakan pahala.
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut berkata benar,
Yang tidak pernah gentar melawan hawa nafsu,
Yang sentiasa bersama golongan orang yang berjuang dijalan ALLAH S.W.T.
Puteri idamanku adalah wanita yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh,
Puteri idamanku adalah wanita yang menghormati ibunya.
Yang sentiasa berbakti kpd orang tua dan keluarganya,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anaknya ilmu duniawi dan ukhrawai,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana baginya hidup,
Adalah mahligai persinggahan sementara menuju akhirat.
Puteri idamanku sentiasa bersedia menjadi srikandi islam,
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi akhlak Rabiatul Adawiyah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.
Yang menjaga matanya daripada berbelanja
Yang sujudnya penuh dengan kesyukuran dengan rahmat ALLAH S.W.T keatasnya,
Puteri idamanku tidak pernah membazir masa,
Matanya kepenatan krana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena diulit oleh sinar keimanan,
Bangun subuh dengan penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah dengan penuh kematangan.
Puteri idamanku sentiasa mengingati mati,
Yang baginya dunia adlah ladang akhirat,
Yang mne buah kehidupan perlu dibaja dan dijaga,
Agar kelak berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam dihari kemudian.
Puteri idamanku adlah wanita yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan Syurga yang abadi,
Disitulah mahligai kasih idamannya dan dia akan membawa daku bersamanya,
DIALAH PUTERI IDAMANKU...
MOGA AKU DIPERTEMUKAN DENGANNYA..
Post a Comment