Hidup 1X..Mati 1X...AMAL?? Byk X???.
Alhamdulillah...alhamdulillah..bersyukur hari ini dgn segala nikmat yang engkau berikan kpdku YA ALLAH..semoga dgn nikmat yang engkau beri ini, aku akan lebih taat dan bertambah kemimanan ku kepadaMu... selesai sudah usrah pada hari ini..walaupun tidak ramai yg hadir( akibat kekangan waktu).. bersyukur dapat mendengar dan mengambil sesuatu yang berguna dan bermanfaat..
ade sesuatu yang menarik minat saye pada hari ini..tentang nikmat..nikmat yang seringkali kita abaikan..nikmat yang Allah berikan pada kita..nikmat iman, akal dan nikmat yang plg besar adalah nikmat AD-DIN..nikmat agama..hendaklah kita berikan kesyukuran kita kepada Allah atas nikmat agama Islam yang kita nikmati...lahir saje ke dunia kite telah bergelar seorang muslim.. jadi, bagaimana kita mahu menzahirkan kesyukuran i2??
kalau dgn manusia kita ucapkan terima kasih.. kepada Allah?? tentulah dengan menunaikan apa yang diperintahkanNYA.. taat kpdNya,beriman dan bertaqwa..jgn lupa..yg plg penting sekali..CINTA KEPADANYA MELEBIHI SEGALA-GALANYA...
tak kenal maka tak cinta..ha..the best word to describe that..BERCINTALAH DGN ALLAH..nescaya tenang kamu.. bagaimana nak bercinta??? AL-QUARAN ada jwpnnya.. AL-QURAN sbgai manual utama kita..seperti kita membeli periuk nasi, ade manual penggunaannya daripada pencipta periuk nasi tu.. ALLAH sebagai pencipta kita memberi AL-QURAN sebagai manual utama dalam menghadapi setiap perkra.. kita diberikan akal, berfikir untuk menjalankan tugas kita sebagai khalifah... tujuan hidup bukan untuk makan, tapi makan itu adalah sebagai medium untuk kita meneruskan keberlangsungan hidup kita dalam menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini..kita tidak same seperti binatang yg mana hanya makan sahaja untuk hdup..
إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَّهُمْ
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka (Muhammad: 12)
jika kita tidak kenal pencipta kita, kita akan mudah bertindak sewenang-wenangnya..tiada guideline dalam hidup, terumbang-ambing, kita tak nak begitu.. yang kita mahukan adalah semoga ALLAH sentiasa memberi petunjuk dan pertolongan kepada kita...mereka tiada tujuan hidup.. xnampak pun matlamat utama sebagai khalifah..amat rugi golongan2 ini.. -YA ALLAH TEMPATKANLAH KAMI DALAM GOLONGAN YANG ENGKAU REDHAI-
الَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِن بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. (Al-Baqarah: 27)
kejarlah akhirat dengan sebanyak-banyaknyer, jgn menyesal di kemudian hari(peringatan bersama), kerana kita tidak pasti adakah esok masih milik kita, adakah kita masih berada di dunia?? ataupun di atas pembaringan berselimutkan kain kafan,bermadahkan kalam-kalam talkin??? kita tidak tahu bila.. perancangannya amat pasti.. itulah kematian,KEMATIAN ITU PASTI,cume kita sahaja yg tidak tahu..adakah anda telah bersedia?? tanyer diri, evaluate amal dan iman..
hakikatnyer hidup di dunia ini sebentar saja.. jika dikira2.. 1 hari di dunia=1000 tahun, average umur manusia 68-78thun.. bile di congak2 semula.. rpenyer2 kite hidup hnye 1 JAM SETENGAH saje di dunia ini.. (melalui perbandingan).. betapa kita perlu untuk berusaha bersungguh2 untuk mendapatkan SYURGANYA dan hidup bahagia di sana nnti...
Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan.(Al-Zukhruf:70)
HIDUP HANYA SEKALI.. MATI PUN SEKALI juga.. tp.. bile da mati( maaf bahasa kasar)..ape bekalan kita nak bertemu PENCIPTA kita??? makanan, duit?? bukan..tntulah AMAL DI DUNIA dulu..xde AMAL..mcamane nk continue di akhirat nnt?
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُ stكُم بِمَاكُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).(Al-Jumu'ah:8)
so..MARI TAMBAHKAN KESYUKURAN DAN BERIBADAH KPDNYA DGN PENUH KESUNGGUHAN DEMI MENDAPAT REDHANYA..INSYAALLAH...
~sebuah cerita untuk penilaian~
seorang mujahidah yang sentiasa berjuang di jalan ALLAh berkata kepada suaminya (seorang mujahid).."bang, jom kita berehat sekejap?" jawab suaminya.."kita berehat di syurga nnt"..KITA?? adakah kita telah menggunakan masa kite sbgai KHALIFAH dgn sebaik2nyer??? byk buat keje atau byk rehat??? ^^
Post a Comment