>

Thursday, January 07, 2010

....juz see the sky,then u know ur life is wonderful...

Duduk termenung di dalam bilik.... hanya merehatkan badan dan fikiran setelah penat seharian menghadiri kelas... ade amali hari ini.. kmudian ade kelas pd pukul 3 pula...
Akibat malas hendak pulang ke kolej walaupun ada gap.. jd.. berkelah di dalam library... nampaknya library kelihatan lengan sekali... laluan pun tidak begitu sesak...
Hari ini first time nak pinjam buku di library... al maklum lah.. dulu sem satu amat malas nak g library.. juz dok blek je.. hehehe..
sekarang.. azam baru.. semangat baru....
kehidupan di universiti yg penuh cabaran.. btul seperti kata kak alya(kakak usrah dulu).. dok universiti nie kne ade kumpulan..(maksudnya macam jemaah la)...jemaah@usrah yg membawa kebaikan... bukan bermakna sesiapa yg tiada jemaah tu tdak kuat.. ttp,sekurang2nya jemaah2usrah itu dapat menjadi pelindung kita...InsyaAllah...



Azam baru,semangat membara untuk meneruskan sebuah perjuangan di muka bumi ALLAH ini..
suka dan duka ditempuhi.. kadang2 terasa tak bisa menahan lagi bebanan ini..
tapi sesungguhnya yakinlah bahawa ujian itu adalah tanda ALLAH sayang kepada kita...
ku yakin akan katentuanNya.. seperti kata sahabatku... GOD KNOWS THE BEST FOR US...

Jangan cepat mengalah.. Allah suke org yang terus-terusan berdoa dan memeinta kepadanya... itulah hikmah yang dapat ku simpulkan setiap kali musibah dan ujian itu melanda diriku..usia semakin menginjak ke angka 20an.. semakin matang dan semakin lama lagi perjalanan hidup ini.. banyak lagi yang harus dilakukan.. adakah tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini telah sempurna dilaksanakan???
tanggungjawab bukan semudah yang disangka...berat untuk dipikul, tetapai,andai cara dan jalan ke arah tanggungjawab itu mengikut aturan yang betul, hasilnya juga pastilah setimpal dgn usaha yg dilakukan untuk mencapai matlamat tanggungjawab itu...

jadikan diri seorang yang sentiasa bertanggungjawab... BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KEMPENTINGAN DAN KEMASLAHATAN UMAT ISLAM..kejayaan bukan hanya untuk diri sendiri,tetapi adalalah kejayaan bersama.. kejayaan umat islam.. kejayaan yang cemerlang dan gemilang...sentiasa sematkan dalam diri rasa untuk berjaya dengan cemerlang...demi mencapai kejayaan yang hakiki bukan saje di dunia, tapi di akhirat juga..انشاءالله

sedikit renungan daripada ku...buat rakan2 yg membaca blog ini...

-seberapa besar onak dan diuri melanda dirimu, bersabarlah wahai hati, jangan terus mengalah hingga terus tersungkur ke tanah, yakinkan dirimu kuatkan imanmu kebalkan kepercayaanmu agar ia bisa menjadi nadi berjuang di muka bumi ALLAH ini..

0 comments:

  ©[Seruling Musafir] - ismisyafiqah.

Template by Dicas Blogger | Topo