SIHAT DAN SEGAR..

TEH SEGARKAN TUBUH DAN FIKIRAN..
Minum teh dapat menyegarkan tubuh dan fikiran kerana teh mengandungi kafein antara 3 hingga 5 peratus. Zata ini akan mendorong aktiviti mental anda dan memperbaiki pencernaan makanan dalam perut. Pencernaan makanan yang baik akan membakar lamak dalam tubuh lebih efisyen. Bagi yang berdiet proses ini membantu mengurangi berat badan jika diminum sewaktu perut masih kosong.
MENTEGA MEMANAS DAN MELEMBAPKAN
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang dapat menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
RISIKO SMS
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Pegawai Kesihatan di London, remaja yang kerap menghantar sms kapada rakan berisiko tinngi menghidap kecederaan ketegangan berulang (RSI). Kekerapan menghantar sms menggunakan cuma ibu jari untuk menaip boleh menyebabkan kesakitan dan bengkak pada tendon dan boleh menyebabkan kecederaan jangka panjang.
BAHAYA MAKAN KENTANG GORENG
Menurut penyelidik Amerika Syarikat, kanak-kanak kecil yang sering makan kentang goreng menghadapi risiko menghidap barah payu dara apabila besar. Satu hidangan kentang goreng seminggu ketika usia 3 hingga 5 tahun meningkatkan risiko 27 % risiko menghidap barah payu dara apabila dewasa kelak. Penyelidik mendapat lebih banyak bukti bahawa amalan pemakanan sewaktu kecil mungkin memainkan peranan membentuk penyakit tertentu di kalangan wanita apabila mereka dewasa.
BAWANG PUTIH UNTUK AIR MANI
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Jangan tidak tahu, minyaknya juga boleh digunakan untuk merawat gigitan serangga.
SALAD SEMBUHKAN GANGGUAN MENTAL
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
BAHAYA TELEFON BIMBIT
Ibu bapa dinasihatkan supaya memastikan anak mereka di bawah usia lapan tahun tidak terdedah kepada penggunaan telefon bimbit berlebihan kerana ia dikaitkan dengan masalah ketumbuhan pada telinga dan otak. Satu kajian selama 10 tahun di Sweeden mendapati pengguna kerap telefon bimbit lebih terdedah kepada ketumbuhan tidak berbahaya di telinga dan otak manakala kajian di Belanda menunjukkan perubahan dalam fungsi kognitif.
salam ziarah
salam ziarah
Post a Comment